• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Tegur Institusi Calar Imej Islam

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menegur perbuatan individu dan pendirian institusi tertentu di negara ini yang membenarkan petugas mereka melakukan pelbagai tindakan atas nama melindungi Islam namun sebenarnya mencemarkan imej agama suci itu.

Titah baginda tindakan seperti kaedah soal siasat yang mengandungi elemen seksaan dan deraan, walaupun dibuat atas tujuan mahu menguatkuasakan peraturan demi melindungi Islam, telah menyebabkan kesucian dan nama baik Islam di negara ini semakin tercalar.

“Malaysia adalah sebuah negara yang harum namanya lagi dihormati dalam kalangan negara-negara Islam dan bukan Islam kerana amalan kesederhanaan beragama.

“Kata-kata penghinaan yang diungkapkan dan tindakan-tindakan berunsur dendam, ugutan, tangkapan, tahanan dengan kaedah soal siasat yang mengandungi elemen-elemen seksaan dan deraan memberi imej tersangat negatif terhadap cara Islam diamalkan di negara ini,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringat Negeri Perak di sini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Selain itu, baginda juga mahu perbuatan memulaukan kumpulan atau memutuskan silaturahim sesama individu hingga ke tahap enggan menguruskan jenazah hanya kerana perselisihan tafsiran dan pandangan, wajib dihentikan serta dibanteras secara tegas.

“Islam menganjurkan kesederhanaan. Majoriti umat yang berpegang kepada amalan kesederhanaan wajib bangun bersuara dan jangan sama sekali merelakan untuk ditenggelami oleh kumpulan ekstrem yang minoriti,” titah Sultan Nazrin.

Baginda juga bertitah supaya penyeru kebenaran meneliti metodologi dakwah serta kaedah yang digunakan untuk menangani pelbagai isu agama terutama generasi muda.

Ini terutamanya dalam menghadapi perubahan pesat sosial budaya pada era kebangkitan teknologi dan umat yang lebih celik huruf, lebih terpelajar dan lebih terdedah terutama generasi muda, titah baginda.

Baginda bertitah Islam sewajarnya dilindungi dan dikembangkan melalui pendekatan berhemah, secara sopan serta terhormat dan dilaksanakan tanpa paksaan, tekanan dan kekerasan serta perbuatan yang boleh menjatuhkan aib.

“Islam hendaklah dipertahankan kebenarannya dan dilindungi kesuciannya melalui perbincangan dan penghujahan berdasarkan fakta dan kebenaran dalam semangat yang menghormati kelainan dan perbezaan pandangan,” titah baginda.

Pada sambutan itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali kepada Ismail Abdullah dari Bukit Merah, Bagan Serai yang menerima wang tunai RM5,000, sijil, plak serta hadiah iringan.

Baginda juga berkenan menyampaikan Anugerah Imam kepada Bahari Ahmad dari Kampung Temelong, Lenggong; Hussain Lebai Ismail dari Felda Sungai Klah, Sungkai (Anugerah Muazzin); Saad Brahim dari Kampung Masjid Batu, Kuala Kurau (Anugerah Siak) dan Muhd Nassir Thanabalan Abdullah dari Taman Seri Raiya, Ipoh (Anugerah Pendakwah).

Kesemua mereka menerima wang tunai RM3,000, plak dan sijil serta hadiah iringan, masing-masing. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yakinkan Rakyat Ada Tempat Dalam Keluarga Malaysia – Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang...

PM Zahir Penghargaan Atas Pandangan, Nasihat Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd