• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium TLDM Bakal Venue Alternatif Pasukan Perak

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi venue alternatif jika Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan Stadium Manjung digunakan sebagai gelanggang sementara pasukan Perak menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata bagaimanapun ia hanya akan diputuskan selepas FMLLP mengeluarkan arahan rasmi berhubung perkara tersebut.

“Kita telah hantar laporan dan maklumat terkini berkaitan kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Stadium Manjung kepada FMLLP beberapa hari lalu.

“Setakat ini, belum ada sebarang jawapan daripada FMLLP tetapi kalau perkara luar jangkaan berlaku, Stadium TLDM mungkin jadi alternatif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak dan Program Satu Pingat, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN KL 2017 di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, Ketua Pegawai FMLLP Kevin Ramalingam menyifatkan pihaknya masih mengkaji permohonan PAFA untuk menggunakan Stadium Manjung atas faktor keselamatan, terutama membabitkan perlawanan berprofil tinggi.

Menjelas lanjut, Abdul Puhat berkata kerja-kerja naik taraf di Stadium Manjung akan tetap diteruskan walaupun perkara sebaliknya berlaku kerana ia merupakan antara venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.

“Setakat ini kita sedang baiki keadaan padang dan tiada masalah bagi kerja-kerja naik taraf yang bersifat fizikal, selain boleh disiapkan sepertimana jangkaan asal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stadium Perak Dicadang Zon Larangan Merokok

11/04/2018
0

IPOH – Kerajaan negeri bercadang mewartakan Stadium Perak sebagai zon larangan merokok bermula dengan aksi pusingan kedua Piala FA 2018...

Carmen Lim Perbaharui Rekod Asia Tenggara

11/04/2018
0

GOLD COAST – Perenang para negara, Carmen Lim yang membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Gold Coast, mencapai sasaran peribadinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd