• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Dibenar Jalan Inkuiri Tempatan Di Selangor

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini boleh melaksanakan inkuiri tempatan bagi cadangan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengeluarkan perintah penggantungan sementara.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Hakim Tan Sri Idrus Harun yang mengetuai panel tiga hakim berkata terdapat merit dalam permohonan SPR untuk mengetepikan perintah penggantungan sementara oleh Mahkamah Tinggi itu.

Keputusan majoriti itu dicapai melalui Idrus dan Datuk Yaacob Md Sam yang menyebelahi SPR manakala Datuk Rhodzariah Bujang mencapai keputusan menentang.

“Kami sehubungan itu membenarkan usul Suruhanjaya Pilihan Raya. Kami bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan bahawa kesan perintah penggantungan sementara itu telah menghalang SPR menjalankan fungsinya,” kata Idrus.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR berhujah bahawa SPR ketika melaksanakan tugas dalam merumuskan cadangan (bagi persempadanan semula), ia sebenarnya menjalankan sebahagian fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk pihak legislatif.

Amarjeet juga berkata fungsi legislatif tidak boleh dicabar di mahkamah, menyebabkan pendengaran inkuiri tempatan bagi 101 pihak lain tidak dapat dijalankan kerana perintah penggantungan itu.

Peguam Datuk S. Ambiga pula berhujah perintah penggantungan yang diputuskan Mahkamah Tinggi itu tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Beliau berkata permohonan itu harus ditolak untuk mengekalkan status quo dan hak pihak-pihak berkenaan.

Pada 8 Dis, SPR memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan

Mahkamah Tinggi yang menggantung proses inkuiri tempatan bagi kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di Selangor sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam permohonan itu, SPR berkata perintah penggantungan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menghalang SPR melaksanakan fungsinya.

SPR berkata perintah itu telah menafikan hak pengundi lain di Selangor dan semua inkuiri tempatan bagi negeri lain yang terlibat dalam pelaksanaan persempadanan semula itu telah selesai kecuali di Selangor.

Pada 7 Dis Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan Selangor untuk mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN Selangor oleh SPR.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan negeri untuk menggantung proses inkuiri tempatan bagi kawasan Parlimen dan DUN Selangor sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ratusan Mat Rempit Diperiksa Di Butterworth

Next Post

WUF9 Jangka Tarik 25,000 Peserta Seluruh Dunia

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

WUF9 Jangka Tarik 25,000 Peserta Seluruh Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd