• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Forex Kerugian Sebenar Wajar Disiasat

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an adalah ‘actual loss’ atau kerugian sebenar yang wajar disiasat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Biarkan polis menjalankan siasatan. Saya berharap siasatan itu akan menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku kepada negara kita dalam aspek kehilangan kewangan yang begitu besar dalam skandal forex,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tertutup Taklimat Presiden bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini hari ini.

Azalina yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, ditanya berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa siasatan skandal forex itu dikatakan untuk mendiamkan pengkritik 1Malaysia Development Berhad.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga forex pada 1990-an setebal 524 muka surat itu dibentangkan di Parlimen pada 30 November lepas.

RCI dalam laporannya percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion bagi tempoh 1992 hingga 1994.

RCI lima anggota yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara tersebut.

Susulan itu, Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan suruhanjaya berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Pada 1 Disember lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata satu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Amar Singh Ishar Singh ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut dari semua sudut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Saidskandal forex
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd