• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrol Tak Sambung Kontrak, Bukan Isu Disiplin

oleh
13/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAB utama pelawak dan penyampai radio, Shahrol Shiro tidak menyambung kontraknya bersama dengan radio Suria FM tidak ada kena mengena dengan masalah disiplin.

Sebaliknya, menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 33, dia mahu berundur daripada stesyen radio tersebut kerana sebenarnya dia telah menerima tawaran daripada radio swasta yang lain.

Sebagai Pengurus Program Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin memberitahu bahawa Shahrol sudah pun berbincang dengannya sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut.

“Bukan sebab masalah disiplin atau komitmen, tapi dia dapat tawaran lebih baik daripada Best FM dan saya hormati keputusan dia untuk berhijrah.

“Kami sudah menawarkan gaji lebih tinggi tapi mungkin hati dia sudah di sana, jadi kita lepaskan sahaja,” ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Selain itu, DJ Lin turut telah menafikan beberapa dakwaan yang kononnya pelawak berkenaan mempunyai masalah disiplin serta prestasi kerja yang kurang memuaskan sepanjang mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria.

Sejak tiga bulan lalu, Shahrol telah mengendalikan segeman tersebut bersama dengan Fizi Ali serta Zulin Aziz.

Namun, walaupun terdapat kemerosotan setelah membuat tinjauan ukuran pendengar yang berlaku sejak segmen itu dikendalikan oleh pelawak tersebut, Lin sama sekali tidak meletakkan 100% kesalahan kepada Shahrol.

“Saya akui survey tiga bulan sebelum ini agak jatuh pada segmen pagi tapi tidak adil untuk kita salahkan atau menilai prestasi dia daripada tiga bulan pertama. Ia adalah tanggungjawab satu pasukan.

“Sekurang-kurangnya dalam masa setahun baru kita boleh nilai sama ada seorang penyampai itu mampu atau tidak untuk menarik pendengar,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Lin turut akan melakukan beberapa pembaharuan pada tahun hadapan bagi menggantikan kekosongan tersebut dengan penyampai yang lebih berpengalaman.

Tetapi dimaklumkan bahawa pemilihan penyampai pada masa akan datang bukanlah dalam kalangan selebriti mahupun pelawak.

“Saya akan utamakan penyampai yang benar-benar mempunyai bakat sebagai penyampai radio. Saya tidak akan ambil golongan selebriti atau pelawak sebagai penyampai di Suria FM,” tambah Lin yang turut mengandalikan segmen Suria Cinta. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Ceria Suria Pagipenyampai radioshahrol shiro
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pejabat Imigresen Port Dickson Kini Keluar Pasport

Next Post

“Diam Lebih Baik” – Elyana Luah Perasaan Di Instagram

Related Posts

Banjir Kilat Di Subang, Pusat Beli-belah Dimasuki Air

Penyampai Radio Filipina Maut Ditembak

05/11/2023
0

MANILA: Seorang penyampai radio maut ditembak di dalam studionya di Filipina, hari ini, kata polis. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Penyampai Radio Terkejut Rumah Ditembak Awal Pagi Tadi

Penyampai Radio Terkejut Rumah Ditembak Awal Pagi Tadi

01/12/2022
0

GOMBAK: Seorang wanita yang juga penyampai radio terkejut apabila kediamannya di Seri Aman Heights dekat Desa Jaya, di sini, ditembak...

Next Post

"Diam Lebih Baik" - Elyana Luah Perasaan Di Instagram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd