• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesai Masalah Di Sekolah Secara Muafakat

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan berharap segala permasalahan yang timbul di sekolah khususnya antara guru dan pelajar dapat diselesaikan secara muafakat dan tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata sebarang permasalahan boleh diselesaikan menerusi jawatankuasa permuafakatan di sekolah yang berfungsi sebagai platform perbincangan.

“Melalui jawatankuasa ini, kedua-dua pihak iaitu ibu bapa pelajar dan guru yang terlibat akan dipanggil untuk berbincang secara aman.

“Guru pun manusia biasa, kita tak boleh pastikan ‘temper’ dia. Namun jangan jadikan isu sekolah diheret ke mahkamah, kerana ia tidak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes seorang guru sekolah rendah (Cikgu Azizan) di Nilai, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan mengenakan tindakan disiplin tegas terhadap seorang muridnya.

Chong turut mengingatkan warga pendidik bahawa sebarang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar perlu mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan kementerian tersebut.

Mengenai Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah yang dilancarkan Mei lepas, beliau berkata ia berjaya dilaksanakan di 100 sekolah rendah di seluruh negara menerusi sumbangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi oleh Gamma Solution Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Gamma Solution Sdn Bhd Wan Yat Hon berkata pemasangan CCTV di sekitar pintu masuk sekolah dan kawasan menurunkan dan mengambil pelajar itu, melibatkan peruntukan lebihi RM1 juta.

“CCTV itu diharap akan dapat membantu membanteras jenayah kerana semua aktiviti termasuk pengesanan muka dan nombor plat kenderaan akan dirakam dengan jelas selain membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di sekolah,” katanya.

Antara sekolah yang terlibat dalam kempen itu di ibu negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Sentul, SJKC Lee Rubber, Sekolah Kebangsaan (SK) Segambut dan SK Taman Kosas. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

WUF9 Jangka Tarik 25,000 Peserta Seluruh Dunia

Next Post

Bil SYABAS Boleh Dibayar Melalui JomPAY Januari

Related Posts

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

26/04/2018
0

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah,...

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan...

Next Post

Bil SYABAS Boleh Dibayar Melalui JomPAY Januari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd