• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Arab Saudi, Kini Mesir Berminat Tiru BR1M

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata penerimaan oleh kedua-dua negara di Timur Tengah itu membuktikan BR1M yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah model ekonomi yang tepat dan terbukti membantu golongan tidak bernasib baik.

“Saya melihat bahawa program BR1M ini satu program yang cukup murni dan diterima oleh golongan berpendapatan rendah… sebenarnya model ini juga sedang dikaji dengan serius untuk dilaksanakan di Mesir

“Maksudnya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini menjadi satu model yang diterima pakai dan akan ditiru oleh Mesir dan Arab Saudi,” katanya pada Program ‘Kembali ke Sekolah’ peringkat Parlimen Jerlun di Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, di sini, hari ini.

Othman yang menganggarkan lebih tujuh juta bakal menerima manfaat BR1M turut menyeru mereka yang layak agar segera mengemas kini maklumat diri atau membuat permohonan baharu di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum 31 Dis ini, bagi mengelakkan nama mereka tercicir daripada senarai penerima.

“Ketika ini BR1M berada di peringkat pendaftaran dan kemas kini maklumat diri penerima… kita seru supaya masyarakat pergi kemas kini rekod diri… jangan ingat kita penerima BR1M maka nama kita sentiasa ada, kadang-kadang ada kesilapan teknikal nama kita tercicir, bila tercicir kita akan mengamuk dan salahkan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd