• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tetap Bersama UMNO – Yusof Apdal

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal berkata beliau sama sekali tidak dipengaruhi dengan tekanan kekeluargaan mahupun ideologi politik kerana pendiriannya tetap teguh untuk terus bersama UMNO.

Adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu berkata ini kerana beliau sangat yakin dengan gandingan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Apa juga cabaran yang saya hadapi dalam dunia politik, ini adalah adat resam biasa dan semua orang tidak terkecuali daripada diuji,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini hari ini.

Beliau turut mengakui pada peringkat awal, beliau pernah dipelawa untuk menyertai parti pimpinan abangnya, Parti Warisan Sabah (Warisan), tetapi denyut nadinya bersama UMNO yang tidak pernah terhenti kerana beliau berjuang untuk rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik, mengatasi segalanya.

“Dalam keluarga memang kami bersama-sama, bagaimanapun perjuangan politik kami berbeza, kami tidak sehaluan dan dia (Shafie) faham pendirian saya sebagaimana saya faham pendirian dia,” katanya.

Yusof yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu berkata beliau juga tidak mahu menghampakan penduduk di kawasannya termasuk lebih 51,000 anggota UMNO di Bahagian Silam yang pastinya menaruh harapan dan keyakinan tinggi terhadap beliau.

Ditanya mengenai pengaruh abangnya dan parti Warisan itu sendiri, Yusof enggan mengulas lanjut namun berkata ia mungkin hanya kelebihan di kawasan Shafie sendiri iaitu di Semporna.

“Mungkin secara peribadi di kawasan dia ada kelebihan sedikit, manakala soal kepimpinan mungkin kerana dia pernah menjadi menteri. Tetapi perlu diingat secara keseluruhannya pengaruh kita (UMNO) sangat kuat sebab sumbangan kita lebih banyak kerana UMNO sudah lama bertapak di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNOYusof Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita UMNO Pegang 4 Tunjang Menang PRU14

Next Post

Cermin Pintu Hotel Rosak, Letupan Molotov Cocktail

Related Posts

UMNO Sedia Hadapi ‘Bapa Segala Pilihan Raya’

09/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Laungan Hidup UMNO!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini...

Najib Tiup Semangat UMNO Untuk Hadapi PRU14

10/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Segala-galanya sudah sedia dengan strategi untuk kejayaan telah disusun tatkala Datuk Seri Najib Tun Razak meniup semangat...

Next Post

Cermin Pintu Hotel Rosak, Letupan Molotov Cocktail

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd