• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saiful Kesal Tindakan Mahathir Politik Kes Liwat

oleh
14/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kesal sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad mempolitikkan kes liwat membabitkan dirinya dengan tokoh PKR itu.

Dia yang juga bekas aktivis parti itu malahan menyuarakan perasaan kekesalan tersebut menerusi posting terbaharu yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya, pada hari ini.

Menerusi penghantaran status berkenaan, Saiful mengakui kesal dengan sikap Mahathir, 92, yang mempolitikkan kes tersebut meskipun isu terbabit sudah diadili oleh pihak mahkamah.

Bukan itu sahaja, malah Saiful beranggapan tindakan terbaharu Mahathir tersebut jelas menunjukkan seolah-olah bekas perdana menteri itu tidak menjunjung undang-undang negara.

“Saya kesal apabila beliau terus mempolitikkan kes berkenaan dan seolah-olah tidak menghormati undang-undang. Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya perlu tahu lebih baik.

“Saya adalah mangsa perbuatan jenayah terkutuk Anwar. Justeru, saya menggesa Mahathir untuk menghormati keputusan mahkamah,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Reaksi terbaharu itu susulan kenyataan bersama oleh Pengerusi Pakatan Harapan tersebut dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS), Kimberly Motley di ibu negara semalam.

Mereka desak kerajaan untuk segera membebaskan Anwar daripada penjara kerana menyifatkan konon hukuman dikenakan kepada bekas ketua pembangkang itu adalah bermotifkan politik antikerajaan.

Umum maklum, bekas ahli UMNO tersebut dipecat secara zalim daripada semua jawatan kerajaan dan parti oleh Mahathir sendiri pada 1998 atas alasan bekas timbalannya itu terlibat amalan dilaknat pada kes liwat yang pertama.

Mengulas dengan lebih lanjut Saiful Bukhari menambah lagi, ternyata cita-cita dan kuasa politik telah benar-benar membutakan mata lelaki berumur hampir seabad itu terhadap fakta kes jenayah.

“Betapa mudah pemimpin itu melupakan prinsip dan makna keadilan semata-mata didesak kepentingan politiknya.

“Pada Oktober 2014, Mahathir menyatakan simpatinya terhadap saya. Ketika itu saya bersama isteri dan anak yang baru lahir, melawat beliau di Putrajaya.

“Benar kata orang dalam politik, tiada kawan sebenar atau musuh, yang ada hanyalah minat tetapi dek kerana kepentingan, boleh jadi lebih buruk, menodai keadilan atau kebenaran jika lebih berkuasa,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Anwar pernah didakwa telah meliwat Saiful Bukhari di sebuah kondominium di Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 namun perbicaraan itu melakar sejarah kerana sering ditangguh puluhan kali.

Susulan itu, Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas mendengar hujahan daripada pendakwa raya dan peguam bela. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengku Adnan Bidas MP Cheras Kelirukan Rakyat

Next Post

TPM Sah 2 Pegawai Jabatan Imigresen KLIA Ditangkap

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Next Post

TPM Sah 2 Pegawai Jabatan Imigresen KLIA Ditangkap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd