• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Tak Berubah Berbanding Dolar Pada Pembukaan

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit mengekalkan kedudukan yang sama seperti semalam, berbanding dolar US pagi ini, susulan permintaan yang rendah ke atas mata wang tempatan, selain dolar yang mengukuh berikutan keyakinan penyelesaian ke atas rundingan mengenai rang undang-undang percukaian Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan dibuka pada 4.0860/0900 berbanding dolar US daripada 4.0860/0890 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata dolar US menambah nilai menjelang penyiaran Laporan Gaji Bukan Ladang hari ini, yang akan mengesahkan arah tuju dasar monetari negara itu.

Sementara itu, Hong Leong Bank Bhd, dalam nota penyelidikannya berkata ringgit susut ekoran minat belian yang lemah, kurang menarik walaupun data perdagangan yang lebih baik.

“Kami menurunkan sedikit unjuran nilai ringgit berbanding dolar US yang lebih teguh ekoran wujud tanda-tanda kemerosotan minat belian ke atas ringgit, selain kemunculan perubahan risiko dalam pasaran.

“Kami melihat pengukuhan dolar US mungkin rendah dan berkemungkinan terhad dalam julat rintangan 4.0848 dan 4.0929. Melepasi julat ini boleh mendorong pergerakkannya kepada 4.1216,” katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit didagangkan lebih tinggi kecuali pound British.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0206/0247 daripada 3.0255/0298 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8080/8131 daripada 4.8170/8209 pada Khamis.

Unit tempatan itu juga tinggi berbanding yen pada 3.6083/6124 daripada 3.6265/6301 pada Khamis, namun rendah berbanding pound British kepada 5.5006/5084 daripada 5.4667/4719 semalam. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd