• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana susulan penyusutan dolar akibat prospek pertumbuhan yang suram, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.0830/0860 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0800 pada Jumaat lepas.

Mata wang Asia diniagakan dalam dagangan tipis yang menyaksikan won Korea Selatan menokok 0.29 peratus, dolar Taiwan meningkat 0.06 peratus manakala renminbi China susut 0.19 peratus, rupiah Indonesia berkurangan 0.13 peratus dan baht Thailand merosot 0.1 peratus.

“Data ekonomi AS yang diumumkan pada Jumaat ternyata lebih rendah daripada jangkaan. Ini menyebabkan peniaga bertindak menjual mata wang berkenaan,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Malah, beliau berkata, kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menaikkan kadar dasar semalaman pada tahun depan turut menjejaskan impak akibat pengumpulan mata wang yang disifatkan selamat.

Pasaran tempatan ditutup pada Isnin bersempena cuti umum Krismas.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama kecuali pound Britain yang menyaksikan ringgit menokok kepada 5.4561/4605 daripada 5.4587/4639 pada Jumaat.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0366/0402 daripada 3.0317/0346, rendah berbanding yen kepada 3.6031/6067 daripada 3.5965/5998 dan susut berbanding euro kepada 4.8420/8472 daripada 4.8304/8344. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd