• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Terpijak Kerana ‘Panggilan Hangit’

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGMEN prank call ‘Panggilan Hangit’ merupakan antara segmen yang dinanti-nantikan pendengar Hot FM kerana terhibur dengan gelagat lucu mereka yang ‘terkena’, termasuklah golongan selebriti.

Namun, baru-baru ini tular mengenai satu Panggilan Hangit yang konon-kononnya ingin menaja ekspedisi menjelajah Semenanjung Malaysia berbasikal yang akan dilakukan oleh Zairi Zainal secara solo.

Khabarnya, Zairi akan melawat 320 masjid dan akan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Akui Zairi, ekspedisi itu sebagai membayar nazar selepas berjaya keluar dari kepompong kehidupan yang perit. 320 masjid yang bakal dilawat simbolik kepada umurnya yang sudah mencecah 32 tahun.

Namun, ‘penajaan’ itu hanyalah sekadar prank dan gurauan. Ekoran itu, pihak netizen mengecam tindakan yang dilakukan stesen radio berkenaan.

Zairi bagaimanapun sudah mengeluarkan kenyataan menerusi Facebooknya dan memaafkan mereka.

“Saya dengan rendah diri ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk berhenti kecam radio Hot FM. Saya secara peribadi maafkan mereka,” tulisnya di Facebook.

Menurut Zairi, dia tidak menyalahkan kawannya yang memuat naik cerita tersebut di laman Facebook. Sebaliknya Zairi bersyukur kerana prank call itu seakan membuka ruang rezeki terpijak bagi memudahkan lagi perjalanan ekspedisi itu.

Tambahnya lagi, banyak panggilan yang diterima dan rata-ratanya menyatakan keinginan untuk membantu dan mengamanahkannya untuk menyampaikan sumbangan yang diberikan semasa ekspedisi itu.

“Bayangkan jika Hot FM tak keluarkan Panggilan Hangit itu, tak ramai tahu apa yang sedang dilakukan saya. Saya anggap ini asbab membuka mata semua.

“Yang mana ada buat sumbangan itu, InsyaAllah saya akan galas amanah tuan/puan sebaik mungkin. Doakan perjalanan saya selamat,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pihak Hot FM telah mengeluarkan kenyataan maaf terbuka kepada netizen dan menjelaskan kandungan panggilan itu dibuat berdasarkan permintaan yang dicadangkan kepada mereka.

Malah Zairi telah menjelaskan tentang perkara tersebut pada segmen pagi Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Issey.

Bukan itu sahaja, Zairi turut mendapat hadiah basikal daripada Hot FM.

Sementara itu, Zairi memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan lagi bagi mengelakkan mengeruhkan lagi keadaan.

Semoga ekspedisi Zairi berjalan dengan lancar dan ramai masyarakat yang akan menerima manfaat dan belajar sesuatu daripada apa yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on Dec 19, 2017 at 5:49pm PST

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on Dec 19, 2017 at 6:16pm PST

Tags: hot fm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah KJ Jadi DJ Hot FM

Sah KJ Jadi DJ Hot FM

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai di...

Haziq Hot FM Terkejar-Kejar Isteri Bersalin Awal Seminggu

03/09/2018
0

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd