• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Antara Yang Ditahan Bersama Dadah

oleh Ahmad Albab
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Seorang remaja antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM600,000 di Rompin, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia antara 16 hingga 27 tahun itu ditahan sebaik sahaja keluar daripada dua buah kereta di hadapan sebuah pasar mini di Taman Impiana, Kuala Rompin, di sini, pada jam 8.50 pagi.

Mereka dipercayai berada di situ untuk urusan menjual dadah yang diperoleh dari Kuala Lumpur kepada pembeli dari sekitar daerah ini, tambahnya.

“Pemeriksaan di bahagian tempat duduk belakang kereta Honda City dinaiki suspek menemukan 15 bungkusan plastik berwarna ungu berisi dadah jenis heroin dan satu sampul surat mengandungi 20 paket aluminium mengandungi 200 biji pil Eramin 5.

“Polis kemudian menggeledah kereta Kia Forte dan menemui beg galas mengandungi ketulan dan serbuk kristal dipercayai syabu yang disimpan di dalam dua sampul surat dalam beg itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di sini, hari ini.

Azli berkata polis juga merampas wang tunai RM5,220, beberapa buah telefon bimbit dan dua kenderaan yang digunakan suspek.

Beliau mengesahkan siasatan awal juga mendapati semua suspek termasuk remaja yang tidak lagi bersekolah itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Semua suspek berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur, dengan dua daripada mereka disahkan positif dadah,” katanya.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dadahremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd