• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qobin Selamat, Terus Semangat Tempuhi Cabaran

oleh AK-47
30/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR….. Keadaan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin yang sedang merealisasikan misi berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan, dilaporkan selamat.

Menurut sebuah entri yang dimuat naik oleh Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, pada kira-kira jam 8.30 malam tadi, Qobin tetap bersemangat meneruskan perjalanannya meskipun keadaan jarinya belum pulih sepenuhnya.

Baca: Sejuk Melampau, Qobin Hadapi Sedikit Kesukaran

Tambah Akmar lagi, walaupun ada penjelajah dari negara lain terpaksa dibawa keluar dari Kutub Selatan kerana keadaan kesihatan mereka yang merosot dan tidak tahan dengan cuaca yang ekstrem, namun Qobin berjaya mengekalkan semangatnya untuk menamatkan misi ini.

“Hari ini, dalam penuh kepayahan Qobin berjaya berski sejauh 22 km lagi,” tulis Akmar, sambil memanjatkan kesyukuran dan rasa terima kasihnya kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan doa kepada Qobin.

“Terima kasih Ya Allah kerana menolong Qobin untuk bergerak pada hari ini. Terima kasih atas doa rakyat Malaysia untuk melihat Qobin berjaya dan sihat.”

Sebentar tadi, Qobin memaklumkan perjalanannya hanya berbaki 26 km sahaja lagi dan beliau bertekad untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Selatan pada Khamis, 28 Disember ini (bersamaan awal pagi 29 Disember waktu Malaysia).

Dalam pada itu, Qobin juga mohon minta rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatannya terutama keadaan tangannya supaya beliau dapat sampai ke titik 90 darjah dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

Sehingga hari ini Qobin telah berjaya menamatkan perjalanan sejauh 85 km dan esok beliau bertekad untuk berski antara 10 hingga 11 jam untuk menamatkan baki 26 km lagi.

Ayuh semua kita doakan kejayaan untuk Qobin bagi membolehkannya menjadi rakyat Malaysia pertama bergelar Penjelajah Grand Slam dan umat Islam termuda berjaya melakukan misi ini! – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Datuk Akmar Hisham Mokhles

Tags: Qobin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Puji Kejayaan Qobin Raih Gelaran Grand Slam

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Qobin yang menjadi Penjelajah Grand Slam pertama...

Qobin, Penjelajah Dari Setinggan Ke Grand Slam

10/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Dari setinggan ke 'Grand Slam'. Siapa sangka, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dahulunya penghuni di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd