• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qobin Penjelajah Grand Slam Malaysia Pertama

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, berjaya menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada 11.05 pagi waktu Malaysia (4.05 petang waktu tempatan).

Qobin, 36, yang dalam rangka Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 melalui Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B), menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km) bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.

Memulakan misi di Titik 89 Darjah pada Jumaat lepas dengan menarik beban seberat 50 kilogram, beliau mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius dan menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko mengalami reput fros.

“Saya telah berski sejauh 26 km terakhir selama hampir 11 jam untuk tiba ke Titik 90 Darjah. Saya amat gembira dapat menamatkan misi ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malayaisa yang sentiasa mendoakan kejayaan misi ini,” kata Qobin yang membuat panggilan telefon satelit kepada urusetia ekspedisi itu sejurus tiba di Titik Darjah 90.

Qobin juga memberitahu bahawa beliau akan bermalam di Titik 90 Darjah sebelum menaiki penerbangan ke Union Glacier pagi esok (waktu tempatan).

“Saya dijangka sampai ke tanah air pada awal Januari,” katanya.

Qobin juga mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.

Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan. -BERNAMA

Tags: Grand SlamQobin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serena, Naomi Rentap Final Terbuka AS

07/09/2018
0

NEW YORK - Juara enam kali, Serena Williams menyingkirkan Anastasija Sevastova hari ini untuk melangkah ke final kesembilannya pada Terbuka...

AS Puji Kejayaan Qobin Raih Gelaran Grand Slam

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Qobin yang menjadi Penjelajah Grand Slam pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd