• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qobin Hampiri Separuh Penjelajahan Di Kutub Selatan

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin semakin menghampiri separuh penjelajahannya dalam misi berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan.

Pengarah Media dan Publisiti Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Hazran Mohamed berkata memasuki hari keempat ekspedisi, Qobin hari ini dijangka menghabiskan perjalanan 20 kilometer sekali gus mencatat perjalanan sejauh kira-kira 61.5km daripada keseluruhan jarak 111km yang perlu ditempuhinya.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata perkembangan itu dimaklumkan penjelajah berusia 36 tahun itu menerusi panggilan telefon satelit petang tadi kepada urus setia Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 di Kuala Lumpur.

“Pada hari pertama, Qobin berjaya menamatkan 6.5km, hari kedua 15km dan hari ketiga semalam, Qobin berski sejauh 22km,” katanya sambil menambah penjelajah itu dalam keadaan sihat dan sangat bersemangat untuk menamatkan misinya.

Menurutnya, cuaca baik tanpa ribut salji atau angin kencang membolehkan Qobin berski mencapai jarak yang agak jauh semalam dan hari ini.

Qobin, yang juga dikenali sebagai ikon sukan lasak negara, dijangka menamatkan penjelajahan sejauh 111km pada 27 atau 28 Dis ini bergantung kepada keadaan cuaca.

Keadaan suhu siang hari di Kutub Selatan pada musim panas ketika ini adalah -26 darjah Celsius. – BERNAMA

Tags: (KE7B) Hazran Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd