• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Puteri UMNO Janji Tidak Merajuk

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO berjanji tidak akan merajuk jika wakil pergerakan itu tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Memberi jaminan itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Puteri UMNO akan terus bekerja untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Puteri tidak akan merajuk, Puteri tidak akan bergasak, Puteri janji tidak tutup bilik gerakan,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata menyedari PRU14 adalah getir dan ibu kepada segala pilihan raya, Puteri UMNO memasakkan janji dan wala terhadap pemimpin dan parti UMNO bagi memenangkan BN.

Justeru, katanya, Puteri UMNO tidak mendesak sebarang pemilihan calon cuma mengharapkan agar pemilihan calon turut mengambil kira wanita dan orang muda.

Yakin Presiden UMNO mempunyai metodologi tersendiri dalam memilih calon pada PRU14, Mas Ermieyati berharap calon yang terpilih memiliki sifat ‘WLWC’ iaitu ‘Winnable, Likeable, Workable dan Capable’.

“Pilihlah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik demi kemenangan dua pertiga majoriti BN pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dalam ucapan lantangnya itu, Mas Ermieyati turut mengingatkan anggota Puteri UMNO agar sentiasa sederap selangkah dan memasang kekuda bagi menangkis serangan sumbang pakatan pembangkang yang licik dengan pelbagai dakyah.

“Kini kita sudah pun berada pada Disember 2017, ini bermakna kaki kita setiap hari melangkah mendekati medan tempur PRU14… ini akan menjadi salah satu medan pertempuran paling penting dalam memastikan survival perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Masa depan kita sangat berkait rapat dengan keputusan PRU14, jangan sesekali alpa daripada memikirkan kenyataan ini,” katanya.

Keanggotaan Puteri UMNO kini berjumlah 390,843 orang. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Agung UMNOPRU14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd