• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Popular Pasca-‘Titian Cinta’, Farah Takkan Lupa Diri

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA rantaian Titian Cinta telah membuatkan pendatang baharu, Farah Nabilah popular sekelip mata, apatah lagi apabila bergandingan dengan hero pujaan ramai, Zul Ariffin.

Namun bagi Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 25, dia tidak akan sesekali lupa diri walaupun namanya kini sedang dikenali.

“Saya tidak perlu menjadi hipokrit dan berpura-pura demi menjaga status. Populariti yang diraih tidak mengubah apa-apa dalam diri ini, sebaliknya saya menjadi lebih berhati-hati kerana bimbang tersalah langkah,” katanya dipetik daripada BH Online.

Tambahan pula, Farah yang dikenali menerusi watak Rahadatul Aisy menerusi drama arahan Heykal Hanafiah itu menekankan bahawa dia masih lagi Farah yang dahulu iaitu sentiasa merendah diri.

Farah mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak tahun 2011 menerusi watak sampingan beberapa buah drama tempatan.

Selain itu, dia turut telah menjuarai Program Pencarian Wajah Aurawhite pada tahun 2015.

Bagaimanapun, bakatnya mula digilap selepas membintangi drama Papa Ricky yang disiarkan pada awal tahun ini.

“Tidak pernah saya duga watak itu meninggalkan kesan besar. Disebabkan tertarik dengan karakter Rahadatul Aisy, ada penonton yang berhasrat menamakan bayi mereka dengan nama itu. Cara Rahadatul Aisy bergaya juga menjadi perhatian.

“Percaya atau tidak, ketika membintangi Titian Cinta, saya dan Zul Ariffin jarang berbual ketika di lokasi penggambaran. Biarpun agak sukar pada permulaan untuk memahami rentak lakonannya, kami tetap berjaya mencipta keserasian,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Farah turut memuji cara lakonan Zul yang bersahaja dan spontan serta sering tampil dengan kejutan dalam setiap lakonannya.

Gadis kelahiran negeri Kelantan itu juga mengakui bahawa jika pada masa akan datang, dia mendapat tawaran untuk bergandingan sekali lagi dengan hero berbadan sasa itu, dia sama sekali akan terus menerimanya!

Wahh… Siapa sahaja yang taknak berlakon dengan Zul Ariffin? Boleh feeling bercinta betul-betul kalau berlakon dengan Zul tau.

Kini, Farah baru sahaja selesai penggambaran bagi drama Mocha Kau Bahagia yang memaparkan kisah cinta antara barista di restoran makanan segera, McDonalds.

Selain Farah, Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly, Haqiem Rusli dan ramai lagi pelakon yang membintangi drama tersebut.

Mudah-mudahan dengan populariti yang diraih oleh Farah ini akan membuat dia lebih bersemangat untuk bergelar pelakon yang versatail pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Farah Nabilahmerendah diriMocha Kau BahagiaPapa RickypopularitiTitian CintaZul Ariffin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adakah PKR Masih Ada Masa Depan? – PAS

Next Post

Mahu Jaga Batas, Izzue Tetap Tolak Babak Bersentuhan

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Video Panas Mirip Zul Ariffin Pulak

12/12/2019
0

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon popular Zul Ariffin mengenai penularan video panas...

Next Post

Mahu Jaga Batas, Izzue Tetap Tolak Babak Bersentuhan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd