• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selesai Kes Samun Dalam Tempoh Sejam

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dalam tempoh sejam dengan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai menyamun telefon bimbit milik seorang guru lelaki di Jalan Pantai di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Mohd Fadzil Ali dalam kenyataan hari ini, berkata kedua-dua suspek berumur 21 dan 27 tahun itu ditahan kira-kira 12.50 tengah malam tadi, di kawasan pasar raya di Bandar Sri Perdana.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang membuat rondaan terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pasar raya sebelum kereta dinaiki dua suspek itu memecut laju menuju ke kawasan perumahan Taman Sri Perdana.

“Polis kemudian menahan kereta suspek tetapi suspek bertindak melanggar bahagian hadapan kenderaan pasukan rondaan itu,” katanya ​​​​​​bahawa suspek pertama berjaya ditahan selepas polis terpaksa menggunakan sedikit kekerasan ekoran suspek bertindak agresif.

Fadzil berkata seorang lagi suspek yang berada dalam kereta tersebut turut ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan telefon jenis Yess yang dilaporkan disamun daripada seorang guru.

Terdahulu, kira-kira 11.50 malam, seorang guru lelaki berumur 35 tahun tampil ke balai polis selepas disamun dua lelaki dan cedera di bahagian mulut.

Berdasarkan keterangan mangsa, Fadzil berkata guru terbabit sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Saraf dengan menunggang motosikal, namun ketika melalui Jalan Pantai berhadapan stadium di sini, mangsa ditahan kedua-dua suspek.

Beliau berkata kedua-dua suspek bertindak memukul mangsa di muka, kepala dan badan dengan menggunakan tangan serta sebatang paip sebelum bertindak menyamun telefon bimbit jenis Yess serta kunci motosikal mangsa.

Mangsa yang mengecam kedua-dua suspek kemudian menghubungi 999 untuk bantuan, katanya. – BERNAMA

Tags: ASP Mohd Fadzil Alikes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd