• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lumpuhkan Rangkaian Edar Dadah Wechat

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis berjaya melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah yang menjadikan aplikasi Wechat sebagai medium untuk mencari pelanggan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor sejak 2 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata 12 warga tempatan termasuk empat penuntut kursus kejuruteraan dari institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terkemuka di daerah itu ditahan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

“Pemeriksaan ujian air kencing ke atas kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 20 dan 26 tahun itu mendapati mereka positif dadah.

“Kesemua suspek dipercayai beberapa kali melakukan aktiviti mengedar ganja sejak setahun lepas di kawasan Semenyih dan Kajang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata polis merampas 4.8 kilogram ganja bernilai RM12,000 hasil serbuan di sekitar Kajang, Semenyih dan Sepang.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Katanya siasatan awal mendapati dadah itu dijual dengan harga antara RM50 hingga RM100 sepaket manakala sumber bekalan dipercayai diperoleh dari utara tanah air daripada seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata selain mempromosi penjualan menerusi Wechat, kumpulan itu dipercayai turut menyasarkan pelajar sebagai pelanggan susulan penahanan penuntut IPTS termasuk sepasang kekasih.

“Polis sedang mengenal pasti pembekal ganja kepada kumpulan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahwechat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd