• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Perlu Yakin Kepada Ciptaan Tempatan

oleh AK-47
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna Malaysia perlu mempunyai lebih kepercayaan kepada ciptaan dan teknologi tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata terdapat salah tanggapan bahawa ciptaan Malaysia adalah kurang berkualiti berbanding, sebagai contoh, dengan inovasi atau produk Eropah dan Jepun.

Madius berkata ini bukanlah kerana ciptaan tempatan mesti mematuhi piawaian tertentu dan bahawa pengiktirafan dan sokongan tempatan adalah penting, terutama untuk pencipta muda sebelum mempromosikan ciptaan metreka di pasaran global.

“Bagaimana mereka hendak meneroka ke peringkat antarabangsa jika kita sendiri tidak yakin dan mempercayai kecekapan pencipta tempatan? Kita sepatutnya mengiktiraf dan berbangga dengan inovasi kita,” kata beliau pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bertajuk “Inspiring Future Innovators” di sini hari ini.

Mereka yang menghadiri sesi dialog itu ialah peserta Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawanan Global (GECommunity) 2017, sidang kemuncak keusahawanan selama dua hari yang berakhir hari ini.

Madius juga menarik perhatian bahawa masa depan ekonomi negara bergantung kepada sektor sains dan teknologi di tengah-tengah senario bahawa kebanyakan negara telah beralih dari industri berasaskan sumber. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wilfred Madius Tangau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Teknologi Cipta Inovasi, Elak Salah Guna Telefon Bimbit

22/03/2018
0

TUARAN - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menasihati rakyat agar menggunakan kemudahan teknologi untuk mencipta...

Akta Khusus Angkasa Lepas Perlu Diwujudkan

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR — Malaysia perlu mewujudkan satu akta khusus berkenaan angkasa lepas sebagai persediaan menghadapi industri angkasa lepas global yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd