• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuci Pinggan Warga India Dijel Sebulan Kerana Curi

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pencuci pinggan warga India hari ini dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah mencuri payung dan soket mudah alih serta tinggal di Malaysia melebihi tempoh sah.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Selvi, 41, dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 28 Nov lepas.

Bagi pertuduhan mencuri dan tinggal lebih tempoh, wanita itu dipenjara masing-masing sebulan dan mahkamah memerintahkan kedua-kedua hukuman tersebut berjalan serentak.

Selvi didakwa mencuri soket mudah alih dan payung yang kesemua berharga RM29.70 milik sebuah pasar raya di Jalan Masjid India pada 3.30 petang, 28 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu juga didakwa tinggal lebih masa di Malaysia melebihi tempoh sah, bermula dari 25 Mei 2017 sehingga 28 Nov lepas di tempat, waktu dan tarikh sama, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen A959/1963 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Peguam Norizan Yaacub, yang mewakili Selvi memohon hukuman penjara dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan keluarganya di India tidak mampu untuk membayar denda jika mahkamah menjatuhkan denda.

“Saya memohon hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Tags: dipenjaraMencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd