• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah, Guru Agama Perlu Tauliah Mengajar Islam

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Penceramah atau guru agama yang dijemput mengajar Agama Islam di Perlis perlu mendapat tauliah atau kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda tauliah mengajar Agama Islam Negeri Perlis adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang termaktub dalam Seksyen 118 Bahagian X – Pendidikan Agama Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.

“Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didakwa di bawah Seksyen 119: Kesalahan Mengajar Agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam Tanpa Tauliah dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada majlis penyerahan tauliah kebenaran solat Jumaat Masjid Al-Gufran, Batu 2 Jalan Lama, Kaki Bukit, di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kariah, Ramli Jusuh menerima tauliah tersebut bagi pihak masjid.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar pengurusan masjid di negeri ini mematuhi garis panduan tersebut.

Baginda turut menyentuh peranan masjid yang terbukti antara instrumen yang berjaya melahirkan generasi ummah terbaik dan perlu ditadbir dengan sistematik supaya peranannya dapat di optimumkan serta terus relevan.

“Sebagai institusi masyarakat terpenting umat Islam, masjid ibarat one-stop centre yang menyatu dan menggerakkan penganutnya dalam segala aspek kehidupan termasuk pembinaan rohani, akhlak dan masyarakat.

“Justeru, umat Islam di semua peringkat perlu menggembleng tenaga membina kekuatan ummah melalui institusi masjid khususnya bagi merealisasikan hasrat Pembangunan Ummah Cemerlang Menjelang tahun 2020,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah pengurusan masjid bagaimanapun harus mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MAIPs selaku Pemegang Amanah tunggal semua masjid di Perlis. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd