• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PPBM Kritik Zaid, Sokong KPM Isu Solat

oleh
06/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini Zaid Ibrahim dikutuk pelbagai pihak kerana bersikap biadab terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kali ini sekutu dalam blok pembangkang sendiri dilihat turut mengutuk ahli serta pemimpin DAP berkenaan yang sebelum itu pernah ‘melompat’ parti kepada PKR setelah bertindak keluar daripada UMNO.

Baca: Sultan Selangor Sifatkan Mahathir Amat Berbahaya

Ia gara-gara tindakan beliau menyokong Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim membidas peraturan baharu dilaksanakan untuk semua pelajar Muslim di Kuantan, Pahang.

Umum maklum, Pegawai Pendidikan Daerahnya, Mohd. Razali Mustafar bulan lalu mengarahkan pihak sekolah di daerah berkenaan untuk mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah.

Kali ini Zaid ‘disekolahkan’ oleh Exco Pendidikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ashraf Mustaqim yang membidas beliau dalam satu kenyataan disiarkan menerusi akaun Facebook Rasmi Armada setiu, semalam.

Ashraf melalui kenyataan itu menegaskan pihaknya menyokong penuh kenyataan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 3 Disember lalu menyatakan bahawa pelaksanaan itu bukanlah suatu kesalahan.

“Exco Pendidikan Pemuda PPBM senada kerana dalam subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, kurikulum Pendidikan Islam memperuntukkan waktu khusus untuk aktiviti amali solat bagi membolehkan murid menghayati atau mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya solat fardu.

“Kami juga sedar bahawa pelaksanaan yang mewajibkan pelajar menunaikan solat ini tidak bercanggah dengan dasar pendidikan negara yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ashraf berkata beliau turut menyelar kenyataan Zaid apabila menyifatkan ibadah solat adalah suatu ritual keagamaan yang membebankan penganut Islam.

“Saya tidak pasti ‘nas’ atau hujah apa yang dipegang oleh Zaid. Pernyataan solat selaku ritual itu jelas menunjukkan Zaid tidak faham mengenai peranan solat dalam kehidupan seharian manusia.

“Beliau turut menyatakan “Ritual ini tidak dapat bantu pelajar Melayu jadi lebih berpendidikan, memahami tanggungjawab peribadi atau lebih berdisiplin”. Maka dengan itu saya menyangkal sama sekali dakwaan ini,” tegas Ashraf.

Kenyataan Pemuda PPBM itu dilihat agak ganjil sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik tanah air kerana buat julung kali pihak pembangkang bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

Keadaan ini secara tidak langsung jelas membuktikan kini pemimpin  parti pembangkang sendiri sudah tidak bersatu lagi dalam isu tertentu apabila berbeza pendapat agak ketara. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Zaid IbrahimTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd