• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Obes 286 Kilogram Meninggal Sesak Nafas

oleh
03/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali kurus dan menikmati kehidupan normal tidak kesampaian apabila pemuda itu meninggal dunia hari ini.

Mohamad Faisal Md. Ali yang pernah mendapat khidmat jurulatih kecergasan peribadi percuma pada Oktober lalu, disahkan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Kamsah Mat Noor akibat sesak nafas pada jam 5 pagi.

Media tempatan melaporkan bahawa Kamsah, 57, berkata, Mohamad Faisal yang berusia 29 tahun itu baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Rabu lalu.

Mencerita dengan lebih lanjut, wanita berkenaan berkata dia hanya menyedari keadaan anaknya itu pada pagi Ahad ini semasa bangun dari tidur untuk menunaikan solat fardu Subuh.

“Saya bangun pukul 5 pagi, tengok dia tidak bergerak walaupun selepas dipanggil jadi saya cepat-cepat minta abangnya untuk segera bawa pembantu perubatan klinik ke sini.

“Pembantu perubatan sampai 30 minit kemudian dan mengesahkan Faizal sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot di sini hari ini.

“Sebelum ini, arwah yang merupakan anak bongsu dari lima beradik telah menjalani rawatan akibat obesiti di hospital tersebut selama dua bulan sejak September lalu.

“Sejak anak saya itu pulang ke rumah dari hospital berkenaan, dia kurang selera untuk makan dan arwah hanya minum susu sebanyak enam kali sehari,” kata Kamsah yang merupakan penguasaha kuih di kampung.

Dalam pada itu, jenazah Mohamad Faizal yang dibawa dari rumahnya di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus selamat dikebumikan selepas solat fardu Zuhur.

Jenazah lelaki obes setinggi 165 sentimeter itu diturunkan di dalam liang lahad dengan penakal menerusi bantuan sebuah jentolak. Kisah pemuda ini pernah menjadi bualan ramai.

Ia apabila khidmat pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa dipanggil beberapa kali untuk membawanya ke HSNZ dengan menggunakan trak setelah memerlukan rawatan intensif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Obes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Bintang Realiti Obes Meninggal Usia 29 Tahun

20/02/2019
0

BINTANG program realiti TLC "My 600lb Life", Sean Milliken dilaporkan meninggal dunia pada usia 29 tahun. Ayah Sean, Matt mengesahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd