• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Tawar RM15k Demi Foto Bogel?

oleh
17/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tidak kenal dengan band, Floor 88 yang berjaya meraih populariti luar biasa dalam sekelip mata menerusi single berjudul Zalikha ini kan?

Ternyata penangan single berkenaan cukup dahsyat sehingga mampu menerima hampir dua juta tontonan setelah hanya dua bulan dimuat naik di laman YouTube sejak April lalu.

Lagu tersebut nampaknya masih menjadi siulan di bibir netizen sehingga ke hari ini. Dek populariti mendadak itulah, datangnya ujian yang lain pula buat anggota kumpulan itu.

Baru-baru ini, vokalis band berkenaan iaitu Ayie Elham mengakui pernah ditawarkan sejumlah wang bernilai RM15,000 hanya untuk gambar bogelnya.

Menurut Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, permintaan dan gangguan ‘nakal’ itu datangnya daripada seorang individu yang dipercayai peminatnya.

Tambahnya, individu yang tidak didedahkan identiti itu menawarkan wang berkenaan melalui mesej yang dihantar secara peribadi di akaun Instagram miliknya.

“Individu berkenaan meminta gambar bogel dari saya beserta tawaran RM15 ribu. Tetapi saya tidak menghiraukan mesej itu,” kata penyanyi itu memetik sebuah portal hiburan.

Sementara itu, selain insiden itu Ayie turut mengakui terdapat segelintir peminat begitu berani bertindak di luar jangkauan minda yang mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

Namun, sebagai seseorang yang bergelar muslim dan masih berpegang pada ajaran agama, Ayie tidak mudah melatah sebaliknya hanya mengabaikan sahaja permintaan mengarut itu!

Alahai, tak beragak betul permintaannya dek non. Kalau ye pun tergila-gila sangat, tak payah lah sampai mengajak buat benda yang bukan-bukan. Mana adab?

Kepada Ayie, bertabah je lah dik. Biasalah manusia ni, ada masa pelik-pelik perangainya. Semoga awak pandai menjaga diri dan tidak hanyut dengan godaan yang boleh merosakkan kerjaya ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: floor88Gambar Bogel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

21 Laporan Peras Ugut Gambar, Video Lucah Pelajar IPT

19/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis menerima 21 laporan berhubung jenayah pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar bogel serta video lucah di sekitar Petaling...

Bapa Rogol, Rakam Gambar Bogel Anak Dipenjara 202 Tahun

18/10/2019
0

IPOH - Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara berjumlah 202 tahun dan 23 sebatan selepas mengaku bersalah atas 22 pertuduhan merogol,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd