• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembekal Bahan Binaan Ditipu Ah Long RM35,000

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Niat seorang pengusaha dan pembekal bahan binaan membuat pinjaman RM35,000 untuk membeli tanah tidak kesampaian apabila ditipu oleh ‘ceti haram’ atau Ah Long, di sini.

Mangsa berumur lingkungan 50-an, dari Setiu, dikatakan telah membuat laporan polis apabila merasakan dirinya ditipu oleh kumpulan itu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata mangsa telah membuat pinjaman kecilan melangkau lima kali dan hingga kini gagal memperolehi pinjaman pembiayaan perniagaan yang dikehendakinya.

“Kumpulan Ah Long tersebut bukan berbentuk ganas seperti menyimbah cat, menculik atau melakukan sebarang keganasan tetapi lebih kepada ‘mencekik darah’.

“Kumpulan ini membebankan peminjam dengan menyuruh mangsa membuat tiga kali pinjaman kecil yang bernilai RM1,000 sebelum membuat pinjaman yang lebih besar,” katanya kepada Bernama.

Aidi berkata menerusi tiga pinjaman tersebut peminjam perlu melalui proses berlainan iaitu pada pinjaman pertama dan kedua, daripada RM1,000 yang dipinjam mereka hanya dibayar RM300 dan baki RM 700 dianggap wang proses bagi mendapatkan pinjaman besar.

Pada pinjaman kali ketiga pula mereka dibayar RM700 dan baki RM300 diambil sebagai wang proses, yang mana wang akan dimasukkan ke akaun peribadi pekerja dan bukannya ke akaun syarikat terlibat.

Bagaimanapun setelah pinjaman kecil dilakukan mangsa, mereka tetap tidak mendapat pinjaman pembiayaan perniagaan seperti yang dijanjikan dan peminjam perlu membayar balik nilai pinjaman sama walaupun wang yang diterima kurang daripada nilai yang dipinjamkan.

Beliau berkata kumpulan yang mempunyai enam hingga 10 anggota itu bergerak secara berkumpulan untuk mencari pelanggan dan dikesan bergiat aktif di Terengganu sejak dua tahun lalu, turut beroperasi di Pahang dan Kelantan.

Aidi berkata berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis telah menahan tiga anggota kumpulan itu di sekitar Kuala Terengganu dan direman di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu sejak Selasa lalu hingga 17 Dis ini bagi membantu siasatan, manakala enam lagi suspek telah dikenal pasti dan sedang diburu.

Katanya hingga hari ini sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis melibatkan kumpulan yang sama dan kes di siasat di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Beliau menasihatkan masyarakat agar membuat pinjaman menerusi institusi yang sah berlesen sahaja selain daripada perbankan. – BERNAMA

Tags: Ah Longditipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Insurans Kesihatan Untuk Pekerja Asing Tahun Depan

Next Post

Kompaun RM3K Guna Telefon Ketika Memandu

Related Posts

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Next Post

Kompaun RM3K Guna Telefon Ketika Memandu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd