• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Pelancong Tauliah Bantu Promosi Labuan

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Dalam usaha menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan utama, ia menyediakan sejumlah besar pemandu pelancong yang berpengalaman dan berpengetahuan luas serta fasih bertutur pelbagai bahasa.

Berbanding hanya dua pemandu pelancong tiga tahun lepas, Labuan kini mempunyai 50 pemandu pelancong bertauliah yang telah menjalani latihan intensif dan proses penilaian seperti disyaratkan Jabatan Pembangunan Kemahiran serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata peningkatan bilangan pemandu pelancong itu akan membantu memajukan lagi sektor pelancongan pulau bebas cukai ini.

“Kita tidak boleh bergantung kepada sejumlah kecil pemandu pelancong untuk memacu kemajuan sektor pelancongan, kita perlukan lebih ramai pemandu pelancong berkaliber yang mahir tentang produk pelancongan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Sijil Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Tempatan kedua anjuran Borneo Tourism Institute (BTI) kepada 20 penerima di sini, hari ini.

Pengarah Pembangunan BTI Danny T. W. Chew pula berkata pertambahan jumlah pemandu pelancong akan menyumbang kepada kerancakan aktiviti pelancongan di pulau ini. – BERNAMA

Tags: Pelancong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja Berkelulusan Bawah SPM Catat Penurunan

Next Post

Myvi Baharu Dapat Persijilan Keselamatan 5 Bintang

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

Myvi Baharu Dapat Persijilan Keselamatan 5 Bintang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd