• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemancing Hilang Ditemukan Lemas

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang daripada dua pemancing yang dilaporkan hilang setelah bot mereka karam di Batuan Tengah, dekat Kota Tinggi, Ahad lepas (10 Dis), ditemukan lemas, petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata mayat Chang Chong Kuok, 51, ditemukan terdampar oleh pihak berkuasa Indonesia di Pantai Tanjung Berakit, Pulau Bintan, negara itu, kira-kira 1.30 petang.

Katanya, identiti Chang kemudian disahkan oleh anggota keluarganya berdasarkan pakaian dan tanda pada badannya.

“APMM kini sedang bekerjasama dengan pihak Indonesia bagi membawa balik mayat ke Malaysia. Dalam masa sama, APMM masih mengkoordinasi operasi mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang.

“Operasi melibatkan bot Penggalang 15 dan Petir 10 dari APMM, KD Handalan dari Tentera Laut Diraja Malaysia, PA 9 dari Pasukan Polis Marin dan sebuah Helikopter dari Pasukan Gerakan Udara, Polis Draja Malaysia dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 55 orang,” kata beliau dalam kenyataan di sini. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd