• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Imigresen Port Dickson Kini Keluar Pasport

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Orang ramai kini boleh membuat permohonan pasport di Pejabat Imigresen Port Dickson dan pemohon boleh mendapatkan pasport mereka dalam tempoh sejam, selepas membuat bayaran.

Sebelum ini pejabat itu yang mula dibuka pada Jun 1993 menjalankan urusan penerimaan pasport sahaja yang tempoh serahan pasport kepada pemohon adalah tiga hari bekerja.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Shahril Ismail berkata selain penduduk Port Dickson, penduduk di kawasan berdekatan seperti Sepang, Selangor dan Kuala Sungai Baru, Melaka juga boleh menikmati kemudahan ini.

“Pejabat Imigresen Port Dickson adalah pejabat penerima dan pengeluar pasport yang kedua di negeri ini selepas Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ampangan, Seremban yang dibuka pada 25 November lepas,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyerahan pasport pertama yang dikeluarkan Pejabat Imigresen Port Dickson di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Imigresen negeri, Rahim Hanaffi.

Pada 30 November lalu selepas majlis perasmian UTC Ampangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengumumkan Pejabat Imigresen Port Dickson akan dinaik taraf sebagai pejabat pengeluar pasport.

Katanya pembukaan urusan penerimaan dan pengeluaran pasport di Pejabat Imigresen Port Dickson adalah bagi memastikan sistem penyampaian khidmat awam itu dapat terus diperluaskan.

Shahril berkata sebanyak 5,642 pasport dikeluarkan Pejabat Imigresen Port Dickson sehingga November lepas, manakala pada 2016, sebanyak 8,850.

Sementara itu, S. Victor, 51, dari Seremban 2 berkata beliau mendapati urusan memohon pasport di Pejabat Imigresen Port Dickson adalah selesa dan cekap kerana tidak ramai, malah pasport siap dalam sejam.

“Saya ke UTC Ampangan semalam untuk urusan membaharui pasport dan mendapati ia sesak dengan orang ramai dan pegawai Imigresen di situ menasihatkan saya supaya ke Pejabat Imigresen Port Dickson untuk urusan tersebut. Memang di sini selesa dan pasport cepat siap,” katanya. – BERNAMA

Tags: ImigresenPASPORT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kartunis Didenda RM1,500 Kerana Miliki Syabu

Next Post

Shahrol Tak Sambung Kontrak, Bukan Isu Disiplin

Related Posts

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

Malaysia Sedia Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun

Malaysia Sedia Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun

12/07/2024
0

KOTA KINABALU - Malaysia kini bersedia mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri...

Next Post

Shahrol Tak Sambung Kontrak, Bukan Isu Disiplin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd