• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OKU Penglihatan Didenda RM7,000 Cabul Pelajar OKU

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kes cabul, hari ini didenda RM7,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencabul seorang pelajar wanita OKU penglihatan, bulan lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Azhar Abd Wahab, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul kehormatan mangsa berusia 20 tahun itu.

Kelindan lori ais itu didakwa melakukan kesalahan itu di dalam lif di Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di sini, antara pukul 1 dan 1.30 tengah hari , 8 Nov lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh mengambil kira mangsa merupakan pelajar OKU penglihatan rabun teruk dan penglihatannya samar-samar.

“Mangsa mengenali tertuduh kerana dia kerap datang ke kompleks berkenaan, saya mohon hukuman setimpal agar tertuduh tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang,” katanya.

Mohamad Azhar yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan dia perlu menanggung isteri dan empat anak selain dia benar-benar insaf atas kesilapannya. – BERNAMA

Tags: cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd