• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MJN Ganti Susu Rumusan Bayi Enfalac A+ Tiruan

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terbeli produk susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1 tiruan diminta menyerahkan produk tersebut kepada Mead Johnson Nutrition Malaysia (MJN) untuk digantikan dengan produk yang tulin.

MJN dalam satu kenyataan media berkata, langkah itu diambil bagi menunjukkan komitmen MJN dalam memelihara keselamatan, kualiti dan kesejahteraan pengguna.

“MJN menasihatkan pengguna dan peruncit di seluruh negara memulangkan susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1, dalam kotak 1.8 kilogram (tiga pek dalam setiap kotak)

“Program penggantian produk ini bertujuan menghapuskan produk tiruan yang dikenal pasti muncul dalam peratusan kecil di beberapa kedai runcit di Johor Bahru, Johor.

“MJN bertekad untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu membanteras skim penipuan ini,” kata syarikat itu hari ini.

Bagaimanapun, kata MJN, Program Penggantian Produk yang dijalankan secara sukarela itu cuma melibatkan pek kotak Enfalac A + Langkah 1, 1.8 kilogram.

“Kami menyediakan Talian Program Penggantian Produk untuk pengguna yang memiliki produk tiruan yang telah dibuka atau tidak iaitu 1-800-88-3585,” kata MJN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: susu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Masih Berdepan Empat Kes Rasuah RM232.5 Juta

Ibu Mengaku Beri Bayi Air Susu Bercampur Dadah, Bapa Pula Nafi

28/02/2024
0

Petaling Jaya: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

‘Semua Ahli Parlimen Kerajaan Komited Sertai Persidangan Dewan Rakyat – Ahmad Zahid

Keadaan Bayi Minum Susu Dibancuh Air Syabu Makin Sihat

26/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia empat bulan yang diberi minum susu dibancuh syabu oleh ibunya sudah dibenarkan keluar hospital, Khamis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd