• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Pekeliling Baharu Kaedah Hukuman – NUTP

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar agar ia bersesuaian dengan cabaran guru mendidik masa kini.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas.

“Surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarkan pada tahun 1983, ada peraturan-peraturan baharu mengenai hukuman yang dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi lebih baik jika satu garis panduan lengkap yang terkini dikeluarkan.

“Bukan sahaja mengenai hukuman yang dilarang tetapi yang dibenarkan, supaya guru ini boleh mendisiplinkan pelajar tanpa rasa seperti tangan mereka diikat,” katanya kepada Bernama.

Tan mahu supaya surat pekeliling atau garis panduan baharu itu menerangkan dengan jelas bentuk hukuman yang dibenarkan supaya tidak menjadi salah faham dalam kalangan ibu bapa sehingga menyebabkan guru disiplin dipersalahkan.

Beliau juga mencadangkan agar pelantikan guru disiplin di setiap sekolah selepas ini disusuli dengan surat lantikan khas, walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001 sebelum ini menyatakan semua guru adalah guru disiplin.

“Walaupun ia hanya surat lantikan namun itu merupakan kuasa dan boleh membantu guru jika tindakan mengenakan hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan menjadi masalah kepada guru itu di kemudian hari,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harry Tan Huat HockNUTP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd