• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUTP Bantah Mansuh Hukuman Buang Sekolah

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah di negara ini, seperti dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.

Beliau berkata kes murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan dan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“KPWKM mempunyai kuasa dan akta untuk menguruskan pelajar bermasalah selain mempunyai pusat pemulihan akhlak termasuk Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri untuk menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang dibuang sekolah.

“Bagi murid yang dibuang sekolah, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan siasatan akan dilakukan dalam mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan perkara itu masalah berkaitan pelajar dibuang sekolah perlu diuruskan KPWKM,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Rohani sebelum ini mencadangkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah dikaji semula dan digantikan dengan kaedah lain seperti kelas khas peralihan.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu kerana hukuman buang sekolah tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.

Mengulas lanjut, Huat Hock berkata Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kemampuan mengawal dan memulihkan akhlak murid atau pelajar mempunyai masalah disiplin serius termasuk penyalahgunaan dadah dan gangsterisme kerana kebanyakan guru hanya terlatih dalam bidang akademik memfokuskan Pengajaran dan Pembelajaran.

NUTP, katanya. berpendirian tindakan buang sekolah perlu dikekalkan dan masih relevan diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata NUTP turut ​​​berharap cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani masalah sosial masyarakat diberi perhatian oleh pihak berkaitan, sebagaimana cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Isu agenda sosial ini kian menular dan jika tidak ditangani mulai sekarang, risau aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak akan tercapai. NUTP berharap pihak berkaitan dapat memberi lebih fokus kepada masalah agenda sosial ini demi masa depan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: NUTP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd