• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neymar Takkan Sertai Real – Suarez

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Luis Suarez bertegas dia tidak percaya bekas rakan sepasukannya, Neymar akan menyertai seteru utama, Real Madrid disebabkan ‘kekagumannya’ terhadap Barca.

Neymar menghabiskan tempoh selama empat tahun di Nou Camp sebelum membuat perpindahan penuh sensasi ke Paris Saint-German pada Ogos lalu dengan nilai rekod dunia AS$264 juta (RM1.073 bilion).

Begitupun, timbul khabar angin yang mengatakan pemain Brazil itu akan kembali ke Sepanyol untuk menyertai juara Eropah itu selepas dia dikatakan bertelagah dengan rakan senegara Suarez di Uruguay, Edison Cavani.

“Tidak, langsung tidak,” kata Suarez kepada akhbar sukan harian Sepanyol, Marca ketika ditanya mengenai prospek perpindahan Neymar ke Real.

“Sejujur-jujurnya, saya tidak melihatnya. Saya tahu kekaguman Neymar terhadap Barcelona dan rakan sepasukannya. Saya tidak melihat bagaimana dia akan bermain untuk Real Madrid.”

Bersama Pemain Terbaik Dunia lima kali, Lionel Messi, Suarez dan Neymar membentuk gandingan serangan paling berbahaya untuk membantu Barca menjulang dua gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga musim.

“Neymar sudah cukup matang dan sedar dengan keputusan yang diambilnya,” kata Suarez. “Saya yakin ia menyakitkan kerana dia gembira di sini, tetapi kami perlu menerima yang dia mahukan cabaran yang lain dan dia mahu mengambilnya.” – AFP/BH ONLINE

Tags: Luis SuarezNeymar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

25/06/2023
0

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

24/06/2023
0

RIO DE JANEIRO : Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd