• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nak Pakai, Pakai, Tak Nak Pakai Buang Ke Longkang”

oleh AK-47
04/12/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKANLAH cerita baharu sebenarnya mendengar pengusaha butik pengantin atau perancang perkahwinan melakukan kesalahan dengan tergamak menipu pelanggan mereka sendiri.

Tapi bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, setiap kali musim perkahwinan pasti ada saja cerita kurang manis sebegini keluar.

Terbaharu, tular di laman sosial video sebuah butik pengantin di Kedah ‘diserang’ pelanggan yang berang gara-gara gagal menyiapkan busana pengantin yang telah ditempahnya.

Video dan gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Dayangku Anne itu turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap pihak butik berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Nak sanding, baju tak siap. The stupid a.k.a bangang wedding planner story.

“Inform baju nikah tak siap jam 10 malam. Kau ingat butik lain bukak 24/7 ke?

“Pelamin pula tak semengah harga RM1,500. Lain yang dijanjikan, lain yang dapat macam jahanam.

“Baju sanding jam 12.30 baru kalut nak gam manik bagai. Ayat dia (pihak butik), ‘Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, buang ke longkang’,”

“Karpet tak disediakan, kita pula yang kena cari sendiri. Sampin dan tengkolok tak ada, kata kain tak terima. Minta nombor tailor, diberi nombor Bangla yang tak wujud,” tulis Dayangku Anne di akaun Facebooknya.

Pihak butik berkenaan dikatakan hanya memaklumkan hal tersebut pada waktu malam membuatkan mereka tidak ada alternatif lain yang boleh dilakukan kerana kesemua butik lain sudahpun ditutup.

Ini membuatkan pihak keluarga pengantin menyerbu butik berkenaan pada keesokan paginya sedangkan majlis akan berlangsung pada jam 12 tengah hari, pada hari kejadian.

Lebih menyakitkan hati, pihak butik mengeluarkan kata-kata kasar sedangkan mereka yang bersalah dan dikatakan cuba mengugut pelanggan yang datang untuk menuntut hak.

“Konon ada gangster backup, kau ingat gua hairan ke?” katanya lagi.

Berdasarkan video, ahli keluarga pengantin cuba menuntut pakaian yang telah ditempah. Dapat dilihat  pertengkaran antara kedua-dua belah pihak, masing-masing cuba mempertahankan hujah masing-masing.

Keadaan jadi semakin tegang apabila seorang lelaki berbaju warna merah dilihat tidak dapat menahan kemarahan lalu menengking serta menghalau pelanggan tersebut.

Pihak keluarga pengantin berkeras mahu melihat baju seperti yang dijanjikan namun pihak butik seakan-akan tidak mempedulikannya.

Manakala dalam sebuah video lain, kelihatan pula pekerja butik itu baru hendak memasang manik pada pakaian yang ditempah.

Tidak diketahui apakah kesudahannya namun difahamkan pihak pengantin akan membuat laporan serta aduan kepada pihak polis dan tribunal pengguna. – MYNEWSHUB.CC

Tags: butikpengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli, Butang Baju Lego

06/03/2019
0

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019. Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada perempuan atau lelaki sudah pasti akan...

Bercerai Beberapa Minit Selepas Diijab Kabul

06/02/2019
0

KUWAIT CITY - Sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai beberapa minit selepas diijab kabul. Insiden itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd