• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Diberikan Sambutan Negara Di Maldives

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALE (Maldives) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini pada Selasa bagi lawatan rasmi dua hari di Maldives, diberikan sambutan negara di Dataran Jumhooree di sini pada Rabu.

Ketibaan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri Kabinet dari Kurumba Maldives di Male’ Izzudheen Jetty disambut oleh Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom dan Wanita Pertama Fathimath Ibrahim.

Najib disambut dengan persembahan kebudayaan tradisonal oleh pelajar sebelum menerima tabik hormat di pentas. Tujuh das tembakan hormat dilepaskan oleh Angkatan Pertahanan Negara Maldives (MNDF) dan diikuti dengan lagu kebangsaan Malaysia dan Republik Maldives dimainkan.

Perdana Menteri Malaysia kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada anggota MNDF. Selepas itu, Abdulla Yameen dan Najib memperkenalkan anggota delegasi masing-masing sebelum beredar ke Pejabat Presiden.

Di Dharumavantha Maalam di Pejabat Presiden, Najib menandatangani buku pelawat dan mengadakan pertemuan empat mata dengan Abdullah Yameen.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya menyertai mesyuarat dua hala bersama-sama delegasi negara masing-masing sebelum menyaksikan majlis menandatangani empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara bagi penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives di Malaysia dan kerjasama dalam bidang kesihatan, bomba dan penyelamat; dan pendidikan tinggi.

Najib dan Abdullah Yameen dijadual mengadakan sidang media bersama dan menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh presiden.

Sementara itu, Rosmah mempunyai program berasingan di Hulhumale iaitu melawat Fiyavathi Orphanage, yang menempatkan anak yatim dan kanak-kanak terbiar.

Malaysia dan Maldives, sebagai negara Islam, menjalin hubungan akrab dan kerjasama erat dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pelancongan dan bantuan teknikal yang telah membawa banyak manfaat kepada kedua-dua negara. Kedua-dua negara menjalin hubungan dua hala sejak 49 tahun lepas.

Maldives ialah negara terkecil di Asia dari segi populasi dan saiz. Negara pulau seluas 90,000 km persegi itu mempunyai hampir 450,000 penduduk. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMaldives
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Diva AA Serah Bukti Dakwaan Rasuah Kerajaan Selangor

Next Post

Rezeki Terpijak Kerana ‘Panggilan Hangit’

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Rezeki Terpijak Kerana 'Panggilan Hangit'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd