• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monyet Suka Curi Coli, Seluar Dalam Gadis Kampung

oleh
31/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sekumpulan monyet bukan sahaja merosakkan tanaman dan curi makanan, malahan melarikan pakaian dalam wanita sehingga menimbulkan keresahan penduduk tempatan.

Kejadian aneh tersebut dilaporkan media tempatan semakin berleluasa di Kampung Titi Gantong, Bota Kiri, Bota dekat sini sejak akhir-akhir ini terutama perempuan yang kehilangan coli dan seluar dalam mereka.

Penduduk, Nur Safiqah Mohd Azahar, 23, berkata, masalah itu sudah lama berlaku namun sejak dua tahun kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan penduduk mula berasa takut.

Menurutnya, kumpulan monyet itu bukan hanya merosakkan tanaman dan mencuri makanan penduduk namun terdapat beberapa kejadian yang mana haiwan itu melarikan pakaian dalam wanita.

“Sebelum ini kami ingatkan ada individu yang mencuri pakaian dalam perempuan namun tidak sangka rupa-rupanya monyet yang melarikannya dan saya sendiri pernah nampak kejadian itu.

“Saya difahamkan haiwan itu lebih menyukai pakaian dalam wanita berbanding lelaki kerana kami pernah cuba meletakkan pakaian dalam lelaki namun ia tidak diambil,” katanya ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Nur Safiqah berkata, haiwan itu akan datang secara berkumpulan dan bertindak agresif menyebabkan penduduk berasa tidak selamat dan takut. Mereka juga hairan kenapa coli dan seluar dalam wanita menjadi pilihan.

“Ibu saya pernah dikejar kumpulan haiwan itu sehingga menyebabkan terjatuh dan kerana sudah tak tahan lagi kami membuat aduan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara).

“Sebuah perangkap sudah diletakkan di belakang rumah datuk saya namun haiwan mamalia itu masih lagi berani datang ke situ,” kata Nur Safiqah lagi.

Bagi seorang lagi penduduk, Junaidah Mohd Salleh, 50, tanaman seperti pisang, ubi dan serai sering dicabut haiwan itu sehingga dia tidak sempat merasa hasil tanamannya itu.

“Kumpulan haiwan itu juga suka berlari di atas bumbung dan saya akan menutup pintu dan tingkap sekiranya tinggal seorang diri kerana bimbangkan keselamatan,” kata wanita tersebut.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran yang berada di kampungnya itu berkata, gangguan haiwan itu membawa ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.

Dia yang pulang untuk melawat ibunya berkata, perangkap sudah diletakkan di belakang rumah keluarganya sejak Jumaat lalu dan sehingga kini sudah lapan ekor monyet berjaya ditangkap.

“Situasi ini sesuatu yang membimbangkan lebih-lebih lagi kepada wanita dan saya sendiri sebagai seorang anak turut risau keadaan ibu di rumah ketika ahli keluarga lain keluar bekerja kerana haiwan itu agresif.

“Dalam situasi ini juga penduduk tidak boleh mengambil tindakan sendiri dan sebab itu aduan dibuat kepada Perhilitan dan kita harap masalah ini dapat diatasi,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Tags: coliseluar dalam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahniah! Hafiz Suip Kini Sudah Bergelar Bapa

Next Post

Unisza IPT Pertama Pantai Timur Dompet Tanpa Tunai

Related Posts

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

20/08/2024
0

MUAR - Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri coli pada Sabtu lalu....

Suspek Curi Seluar Dalam Maut Kemalangan

22/01/2019
0

SEORANG suspek pencuri seluar dalam maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok di tepi jalan Chon Buri di Thailand...

Next Post

Unisza IPT Pertama Pantai Timur Dompet Tanpa Tunai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd