• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mira ‘Pindah’ Nona, Juliana Kini Hos Mahligai Cinta

oleh
30/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN 2018 ini nampaknya kita bakal menyaksikan banyak wajah baharu pengacara dalam kebanyakan program di kaca televisyen tempatan.

Antara salah satunya ialah pelakon cantik manis Che Puan Juliana Evans yang bakal menggantikan tempat Mira Filzah sebagai hos program Mahligai Cinta.

Mira sebelum ini telah mengacarakan program berkenaan selama satu musim dan kini pelakon dan pengacara itu pula bakal ‘berubah angin’ ke program Nona 2018.

Juliana sebelum ini telah pun berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan sejak berusia 12 tahun dan itu tidak membuatkan dia berasa kekok dalam mengacarakan program Mahligai Cinta yang berkonsepkan perkahwinan.

“Ia satu pengalaman yang cukup indah. Tambahan pula, dengan status saya sebagai isteri, ia memang begitu dekat di hati,” katanya dipetik daripada BH Online.

Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 28, telah mendirika rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya, yang juga merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, pada April lalu.

Dengan usia yang semakin matang, Juliana yakin bahawa dia mampu untuk memberikan aura yeng tersendiri dalam mengendalikan program berkenaan.

Program Mahligai Cinta bukan sahaja memberi fokus dengan memaparkan kenangan bahagia pasangan mempelai, namun turut diselitkan beberapa inspirasi buat bakal pengantin bagi mendapatkan idea untuk hari bahagia mereka.

Antara kelainan baharu yang akan dipaparkan ialah penonton bakal disajikan dengan kisah suka duka pasangan selebriti serta mengikuti beberapa persiapan yang dilakukan daripada awal hingga majlis berlangsung.

Bagi musim ke-13 itu, pelbagai kelainan bakal dilakukan bagi memberikan kepuasan dan kepelbagaian kepada penonton.

Sebelum ini, proram berkenaan telah dikendalikan oleh beberapa lagi selebriti tempatan iaitu Datuk Jovian Mandagie, Izreen Aminda, Raja Azureen Eleena Raja Zulkifli dan Fatin Nuraisya iaitu juara program Clever Girl 2017.

Penonton  bakal menemui Juliana pada 4 Januari depan yang bersiaran di TV3, pada setiap Khamis jam 11:30 pagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: juliana evansMahligai CintaMira FilzahNonapengacara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Macau Scam: Pelakon, Pengacara Akan Dipanggil SPRM

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita antara beberapa artis akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd