• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Dipaksa Letak Jawatan, Kes Pornografi

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Britain, Theresa May memaksa menteri paling kanannya, Damian Green, untuk meletak jawatan, hari ini, susulan hasil siasatan kes berkaitan pornografi terhadapnya.

Siasatan dalaman yang dijalankan mendapati Green memberi kenyataan mengelirukan mengenai bahan pornografi yang ditemui pada komputer di pejabatnya di parlimen.

Pengunduran sekutu paling dipercayai May terutama ketika parti di ambang perpecahan adalah satu tamparan hebat buatnya yang perlu mengemudi tahun terakhir rundingan Brexit sebelum Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada Mac 2019.

Green, 61 dilantik sebagai setiausaha pertama negara, enam bulan lalu.

Akhbar Sunday Times, bulan lalu melaporkan polis menemui bahan pornografi pada komputer di pejabat Green di Dewan Parlimen. Green menafikan dakwaan itu.

May yang meminta kajian semula dilakukan seorang pegawai kanan kerajaan, menyimpulkan kenyataan Green bahawa dia tidak menyedari ada bahan tidak senonoh dijumpai di komputer sebagai ‘tidak tepat dan mengelirukan’.

“Saya kesal kerana diminta untuk meletak jawatan daripada kerajaan berikutan pelanggaran peraturan Menter, dan saya minta maaf,” kata Green dalam satu surat kepada May.

Beliau adalah menteri kabinet May yang ketiga meletak jawatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas setiausaha pertahanan berhenti pada November lalu kerana pernah melanggar standard kelakuan yang diperlukan.

Menteri bantuannya meletak jawatan seminggu kemudian selepas mengakui mengadakan pertemuan rahsia dengan pegawai Israel. – REUTERS

Tags: pornografi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wong Shu Qi Dakwa Cina Suka Pornografi Satu Penghinaan

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi yang mendakwa orang Cina lebih faham jika menggunakan contoh...

Sekat Penularan Video Lucah Dikaitkan Dengan Menteri

27/06/2019
0

SHAH ALAM – Pihak berwajib digesa menyekat penularan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet dan memberi amaran keras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd