• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Menari Untuk Suami, Biarlah Nak Kutuk Pun” – Mawar

oleh
06/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS perkahwinan pastinya akan menjadi detik yang paling indah sekali bagi setiap pengantin baharu ditambah dengan kelainan yang tersendiri.

Disebabkan mahu kelainan, aktres Mawar telah membuat persembahan menari ketika majlis resepsinya baru-baru ini namun perkara itu telah mendapat kritikan daripada netizen.

“Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia sendiri menyedari bahawa tidak semua pihak boleh menerima apa yang dilakukannya.

Bagaimanapun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya cuma mahu meraikan hari bersejarah tersebut bersama suami yang tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raff Yaakob.

“Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.

“Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya,” ujar pelakon yang berasal dari Kelantan itu.

Selain itu, ramai netizen menganggap perbuatannya menari pada majlis tersebut sebagai satu perkara yang tidak manis dipandang oleh tetamu.

Ehh… Biarlah dia, kan majlis kahwin dia. Lagipun setiap gerakan dalam tarian tu direka sendiri oleh Mawar sendiri bagi menghiburkan suaminya ketika malam itu.

“Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian.

“Kalau sesiapa mengikuti perkembangan karier saya, mereka tahu memang saya gemar menari,” tambah Mawar yang baru sahaja berusia 22 tahun.

Dalam masa yang sama, sebagai suami, Raf sendiri terhibur dengan persembahan Mawar dan turut menganggap perkara seperti itu tidak sepatutnya menjadi isu besar kepada umum.

“Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun.

“Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami,” ujarnya lagi.

Selain itu, sebelum ini Mawar pernah dituduh menunjuk-nunjuk kerana sering melayan dan terlalu mesra dengan anak Raf bersama dengan bekas isterinya.

Menurut Mawar, dia sememangnya rapat dengan kedua-dua anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 6, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 2, serta langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kemesraan di hadapan kamera.

“Bagi yang kenal saya, pasti tahu saya sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan tujuh anak buah saya. Apabila menerima Raf sebagai suami, saya sentiasa berdoa diterima baik anaknya.

“Alhamdulillah doa saya dikabulkan. Saya menganggap mereka anak sendiri dan sangat gembira bersama mereka. Jujur, saya sangat bahagia sekarang dan lebih teruja apabila dapat menjadi ibu.

“Mereka pun selesa dengan saya hingga kadang-karang lebih banyak melekat bersama saya berbanding Raf,” katanya dipetik daripada BH Online.

Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada 9 November lalu di dalam sebuah majlis yang penuh gilang gemilang dihadiri oleh keluarga rapat dan kenalan.

Haih… Kesian juga dengan Mawar ni. Ada sahaja lah yang tak kena di mata netizen ni. Sampai perkara kecil pun mereka perhatikan. Sudah-sudahlah tu nak cari salah orang semata-mata.

Muahsabah diri tu juga ya wahai netizen sekalian. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: majlis resepsiMawar Rashidmenariraf yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Muda Perlis Lancar Kempen ‘Nihayatul-Am’

Next Post

Tolak Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu – Khairy

Related Posts

Trump Sakan Menari Selama 39 Minit

Trump Sakan Menari Selama 39 Minit

16/10/2024
0

WASHINGTON - Calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris dengan lantang mempersoalkan kesihatan mental dan fizikal pesaingnya untuk kembali merebut jawatan...

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan individu yang mendakwa memberi pinjaman RM720,000 kepadanya....

Next Post

Tolak Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu - Khairy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd