• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanisme GST Di Malaysia Bersifat Progresif

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mekanisme Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia bersifat progresif dengan mereka yang berpendapatan rendah menerima lebih banyak faedah bantuan kerajaan daripada hasil GST berbanding kelompok berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri menjelaskan hal ini kerana pengecualian GST ke atas barang-barang asas memastikan mereka yang berpendapatan rendah tidak terkesan dengan pelaksanaan GST.

“Sementara mereka yang berpendapatan lebih tinggi, akan membelanjakan lebih banyak pendapatan mereka, sekali gus kutipan cukai ke atas mereka adalah lebih tinggi.

“Masih ada lagi salah faham tentang pelaksanaan GST di Malaysia, dan ada juga yang menganggap GST Malaysia suatu cukai regresif seperti GST atau VAT (cukai nilai tambah) yang dilaksanakan di negara-negara lain,” katanya menerusi catatan dalam blognya najibrazak.com, hari ini.

Perdana Menteri berkata hasil kerajaan kini disalurkan secara bersasar terus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang lebih memerlukan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menangani kos sara hidup, bantuan persekolahan, bantuan kepada pesawah padi, nelayan, pekebun kecil serta pembayaran khas kepada penjawat awam berpendapatan rendah.

Najib berkata program bantuan bersasar itu tidak mampu dilaksanakan jika mereka berpendapatan jauh lebih tinggi tidak menyumbang jumlah yang lebih besar.

“Ini bermakna meskipun golongan berpendapatan rendah turut membayar cukai GST pada kadar enam peratus, tetapi faedah dan manfaat yang diterima daripada pelaksanaannya sesungguhnya berlipat kali ganda berbanding golongan berpendapatan tinggi yang lain,” katanya.

Najib menegaskan bahawa pelaksanaan GST di Malaysia sudah pun mengambil kira keadaan ekonomi rakyat dan kerajaan hari ini terus berusaha menjamin kualiti hidup terbaik untuk semua rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd