• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marathon: Kawalan Keselamatan Lemah Punca Rempuhan

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendakwa insiden rempuhan tiga peserta Klang City International Marathon pada Ahad lepas berpunca daripada kawalan keselamatan yang lemah oleh pihak penganjur.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata penganjur sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap kawalan keselamatan lalu lintas di jalan yang dilalui peserta.

“Penganjur hanya mengemukakan permohonan untuk menyewa padang di Kompleks Sukan Pandamaran kepada MPK dan menjadi tanggungjawab penganjur untuk menjamin keselamatan peserta.

“MPK di hari yang sama pula terlibat dengan pelbagai program sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-72 di Istana Alam Shah di sini dan tidak dapat menyediakan bantuan yang sewajarnya,” katanya pada majlis Pecah Tanah Bulatan 100 di sini hari ini.

Dalam kejadian rempuhan oleh kereta jenis Proton Iswara pada 4.30 pagi di Jalan Kapar Batu 2 itu, Evelyn Ang Gek Suan, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki.

Tambah Mohamad Yasid, penganjur juga dilihat tidak melakukan hebahan yang meluas kepada penduduk sekitar kawasan yang menjadi laluan peserta larian itu.

“Penganjur perlu meletakkan antaranya papan tanda, kawalan keselamatan di setiap persimpangan dan kain rentang di sepanjang laluan untuk mengingatkan pengguna jalan raya bahawa acara larian sedang dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun Mohamad Yasid berkata pihaknya tidak akan menghalang mana-mana penganjur untuk mengadakan acara sedemikian pada masa depan tetapi berharap penganjur dapat memastikan kawalan keselamatan yang cukup kepada para peserta.

Sementara itu mengulas mengenai majlis pecah tanah itu, Mohamad Yasid berkata, kawasan bulatan berkenaan akan dinaik taraf oleh pusat pemborong terkenal, GM Klang dengan kos kira-kira RM300,000.

“Bulatan ini akan diindahkan dengan pelbagai landskap baharu seperti pokok bunga dan pelbagai pokok hiasan. Projek ini akan bermula pada Januari depan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac kelak.

“Kerja naik taraf ini akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak GM Klang dan MPK akan memantau dan menyelengggara kawasan ini dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: marathonMPK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Peserta Marathon Kuching 2018 Diberi Kawalan Keselamatan

10/08/2018
0

KUCHING - Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini (12 Ogos) akan diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd