• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Pernah Guna Vaksin Denggi Dengvaxia

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vaksin denggi pertama di dunia iaitu Dengvaxia yang didakwa boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada individu yang tidak pernah dijangkiti tidak pernah digunakan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk itu belum dipasarkan atau digunakan di mana-mana fasiliti kesihatan sama ada di sektor awam ataupun swasta di Malaysia.

“Produk ini ini juga tidak diluluskan sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam media luar negara melaporkan Filipina menggantung penggunaan vaksin denggi pertama di dunia itu selepas syarikat pengeluarnya memberi amaran bahawa ia akan memburukkan lagi pesakit dalam kes tertentu.

Gergasi farmasi Perancis, Sanofi beberapa hari lalu mengumumkan bahawa vaksin pertama di dunia buatannya mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada individu yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini.

Sebelum ini, Sanofi memaklumkan vaksin Dengvaxia keluarannya penting dalam memerangi denggi, iaitu spesis nyamuk pembawa virus paling popular.

Noor Hisham bagaimanapun mengakui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia pernah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat selama dua tahun pada 25 November 2016 kepada produk Dengvaxia.

Namun, katanya, kelulusan itu diberikan hanya untuk digunakan untuk kajian klinikal fasa 4 iaitu kajian pasca pendaftaran (post registration Phase IV clinical trial) bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung keselamatan produk tersebut.

“Di samping itu, syarikat perlu memenuhi tujuh syarat yang telah ditetapkan sebelum produk tersebut boleh dibawa masuk ke Malaysia.

“Oleh itu Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan sekali lagi bahawa sehingga kini tiada individu yang menggunakan produk Dengvaxia dan tiada program khas diadakan bagi produk tersebut di Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: denggiVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyangak Laki Orang Terbaik Sentiasa Ada Alasan

Next Post

RCI Forex: Bersih 2.0 Pertahan Mahathir

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

Next Post

RCI Forex: Bersih 2.0 Pertahan Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd