• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Raih Lima Emas Di AYPG

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan Sukan Para Remaja Asia Ke-3 ( AYPG) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 10 Disember hingga semalam.

Meskipun hanya menghantar kontinjen kecil dianggotai 12 atlet pada kejohanan yang disertai oleh lebih 800 atlet dari 30 negara Asia, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-14 secara keseluruhan.

Pemain ping pong negara, Chee Chaoming beraksi cemerlang apabila meraih emas dalam kategori perseorangan lelaki SM9 dan acara berpasukan lelaki SM9-10 dengan gandingan Ahmad Syahir Mohamad Kamal Saupi.

Turut meraih emas ialah atlet olahraga Eddy Bernard menerusi acara 100m dan lompat jauh T38 (palsi serebrum) bawah 18 tahun lelaki dan Wan Nuraizri Wan Azman dalam acara 97kg powerlifting.

Ahmad Syahir turut meraih pingat perak acara perseorangan lelaki SM10.

Dua pingat gangsa negara disumbangkan oleh Muhammad Zulhaizat Zainal Abidin menerusi acara 200m dan 400m T13 (masalah penglihatan) lelaki B-20.

Ketua Kontinjen Siti Zaharah Abdul Khalid berkata Malaysia menghadapi beberapa cabaran daripada segi pengurusan temasya seperti masa persediaan yang singkat selepas selesai Sukan Para ASEAN pada September lepas.

“Jika tidak, kemungkinan besar kita dapat meningkatkan pungutan pingat yang dicapai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jepun, yang merupakan tuan rumah edisi sulung pada 2009, muncul juara selepas merangkul 43 emas, 29 perak dan 26 gangsa, diikuti oleh Iran (39-44-35), China (27-9-5), Uzbekistan (20-6-2) dan Thailand (19-15-19).

Untuk rekod, ketika Malaysia menjadi tuan rumah edisi sebelum ini, empat tahun lepas, kontinjen negara merangkul tempat keempat keseluruhan selepas meraih 19 pingat emas, 22 perak dan 18 gangsa. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GLC Wajib Laksana Program CSR – Devamany

Next Post

Mintak Kerja Jadi Pembantu, Upiak Kena ‘Mandi’

Related Posts

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

21/05/2025
0

Kuala Lumpur: Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 28...

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

21/05/2025
0

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media...

Next Post

Mintak Kerja Jadi Pembantu, Upiak Kena 'Mandi'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd