• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mula Suarakan Bantahan Terhadap Trump

oleh
07/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTAH… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memulakan tindakan kritikan terhadap sikap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam isu Baitul Maqdis.

Ia susulan langkah pemimpin kuasa besar dunia itu bertegas dalam isu pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara baharu Israel dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar suci umat Islam tersebut.

Malahan, kata Dr. Ahmad Zahid, tindakan Malaysia pada kali ini bukan sekadar menyelar, mencemuh atau resolusi, tetapi terus mencari langkah lebih praktikal dalam hal kemelut antara Palestin dan rejim Israel.

“Kita tidak akan mencampuri urusan negara lain, termasuk kuasa besar. Tetapi kita akan bertindak kerana isu rakyat Palestin sangat dekat dengan kita,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Kuala Lumpur.

Menurutnya, selain Kuala Lumpur, sudah sampai masanya semua kepimpinan negara-negara Islam bersatu dalam menangani kemelut yang berlaku berhubung isu status Baitul Maqdis.

Dr. Ahmad Zahid menyatakan pandangan itu ketika ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Delegasi Hamas Palestin, Dr. Maher Saleh di Pusat Dagangan Dunia Putra hari  ini.

Naib Presiden UMNO itu turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pendirian rasmi Malaysia pada waktu terdekat.

Sementara itu, Dr. Maher turut melahirkan rasa terharu terhadap sokongan berterusan Kuala Lumpur terhadap Palestin. “Baitul Maqdis,” kata Dr. Maher: “Akan kekal menjadi milik Palestin!”

Baitul Maqdis yang duhulunya sebahagian daripada Tebing Barat milik Jordan, telah dirampas Tentera Israel secara haram dalam Perang Arab Israel dari 5 hingga 10 Jun 1967.

Perang Enam Hari itu, juga dikenali sebagai Yam Kippur turut menyebabkan Mesir kehilangan sebahagian wilayah Sinai, Syria kehilangan Bukit Golan dan Jordan kehilangan Tebing Barat.

Exco Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Fathul Bahri Mat Jaya, turut menyelar dasar Trump.

“Trump bukan saja tidak hormat pada umat Islam, malah mengenepikan soal hak asasi dan kemanusiaan,” tegasnya kepada TV AlHijrah.

Dr. Fathul Bahri turut menyifatkan tindakan Trump sebagai sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Hubungan Malysia dan AS berasaskan prinsip. Ada yang kita kompromi, dan ada kita tidak akan kompromi. Isu Palestin ini, kita takkan kompromi!” katanya ketika ditemui pada PAU 2017.

Menurutnya, Pemuda UMNO akan membahaskan isu Baitul Maqdis pada persidangan pergerakan itu petang ini.

“Kita mendesak Presiden dan kepimpinan UMNO untuk bertindak. Kita perlu bawa isu ini kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan mengajak negara-negara Islam menentang perkara ini,” katanya.

Trump dijangka mengumumkan secara rasmi sokongan AS kepada rejim Israel dalam isu Baitul Maqdis pada hari ini. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: BaitulmaqdisIsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd