• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Menuju Gelombang E-Pembayaran

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kini diambang gelombang baharu transformasi e-pembayaran, didorong oleh penembusan tinggi telefon mudah alih.

Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Nyat Chuan, berkata pembayaran mudah alih berpotensi melengkapkan kad debit dalam usaha untuk menggantikan tunai.

“E-pembayaran merupakan kaedah yang berkos efektif kerana ia memudahkan pembayaran digital yang lancar bagi kira-kira 12 juta orang,” katanya pada sidang media sempena Pameran dan Forum Sistem Pembayaran 2017 di sini hari ini.

Pada masa ini terdapat 42.8 juta langganan telefon mudah alih, dengan 70 peratus membabitkan telefon pintar, dalam kalangan 32.1 juta penduduk di Malaysia.

Tan juga berkata BNM akan menjalankan kajian bersama Bank Dunia tahun depan bagi menunjukkan kos yang tinggi menggunakan tunai sebagai satu instrumen.

“Pada masa ini kos penggunaan cek hanya kira-kira RM6.80 bagi perniagaan,” katanya.

Ditanya mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin sebagai instrumen, Tan berkata pengguna dan perniagaan wajar menyedari risiko terlibat dalam urusan dengan Bitcoin kerana ia tidak dilindungi oleh bank pusat.

“Ia merupakan satu cabaran di seluruh dunia bagi pengawal selia untuk membentuk kawal aturan lengkap disebabkan ia tidak diterbitkan oleh mana-mana organisasi secara khusus.

“Tidak seperti terbitan e-wang dan perkhidmatan bank, kami menyediakan pengawasan, kami menetapkan langkah-langkah perlindungan pengguna. Bitcoin tidak memperoleh jaminan daripada kami,” katanya.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim sebelum itu mengumumkan berkuat kuasa 1 Julai 2018, yuran pemindahan segera sebanyak 50 sen akan dimansuhkan bagi transaksi sehingga RM5,000.

Ini selari dengan usaha bank pusat untuk merealisasi ekonomi digital. – BERNAMA

Tags: BNM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd