• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Masyarakat India Terus Beri Mandat Kepada BN

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat India perlu bersatu dan memberi mandat yang lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 bagi membolehkan segala usaha pembangunan untuk mereka dapat diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu masyarakat India terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan beliau dan BN untuk membina masa depan yang terjamin bagi masyarakat itu.

“Semua orang boleh cakap, tapi siapa yang boleh buat untuk orang India.

“Siapa yang mempunyai perancangan dan program yang sudah kita laksanakan dan kami akan terus melaksanakannya bagi kaum India, kalau tidak lain tidak bukan kerajaan BN,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-9 Persatuan Makkal Sakti Malaysia di sini, hari ini.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib berkata pelbagai usaha dilakukan untuk kesejahteraan masyarakat itu antaranya Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancar awal tahun ini untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka selain pemberian dana terbesar hampir RM1 bilion untuk pembangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil.

“Dalam BN kita ada satu pendekatan, yakni mahu BN disokong oleh setiap kelompok masyarakat sama ada besar ataupun kecil. Kita amal dasar bahawa Malaysia boleh maju kalau kita amalkan dasar inklusif,” kata Najib.

Perdana menteri berkata masyarakat India harus menolak parti pembangkang yang hanya menabur politik kebencian dan janji kosong.

“Pembangkang mengamalkan politik kebencian, nak jatuhkan kerajaan, tetapi kita percaya dalam politik yang membina masa depan lebih baik kepada semua rakyat Malaysia.

“Sebab itu kita mesti beri keyakinan kepada pihak yang boleh buat sesuatu dan bukannya bergantung kepada cakap-cakap dan janji-janji sahaja. Kita sebagai kerajaan BN… kita telah melaksanakan dan akan terus melaksanakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau yakin mandat yang lebih besar akan menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara dan pada masa yang sama mengurangkan risiko geopolitik.

Dalam pada itu, Najib berkata pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini dan pengukuhan kedudukan Ringgit juga menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan ekonomi negara semakin meningkat.

Katanya Malaysia hari ini juga telah mendapat pengiktirafan agensi penarafan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia dan laporan terbaharunya meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 paling kompetitif di dunia.

“Inilah yang kita mesti pilih. Kita pilih kerajaan yang boleh jamin masa depan kita. Kita nak mandat yang lebih besar kepada BN sebab kita nak bina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S Thanenthiran, barisan kepimpinan parti serta 2,100 anggota parti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKaum India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd