• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Tangguh Keputusan Bela Diri 3 Aktivis

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan tiga aktivis termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membela diri terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu berikutan terdapat isu perlembagaan dalam kes dihadapi ADUN Teja, Chang Lih Kang, 37, ADUN Semambu, Lee Chean Chung, 36, dan pegawai khas kepada anggota Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip, 40.

Ini berikutan kes aktivis Adam Adli Abdul Halim yang membabitkan pertuduhan dan isu sama kini dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, katanya.

“Oleh itu mahkamah memutuskan kes membabitkan ketiga-tiga individu itu ditangguhkan sehingga selesai rayuan kes Adam Adli di peringkat Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 28 Nov lepas yang melepaskan dan membebaskan Adam Adli daripada pertuduhan itu.

Pada 9 Ogos lepas, Mahkamah Majistret memerintahkan Chang, Lee dan Rozan Azen membela diri terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bermula di depan pusat beli-belah Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak di sini antara 4.30 petang dan 5.05 petang pada 21 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman kemudiannya menetapkan 13 Mac tahun depan untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek manakala peguam Eric Paulsen mewakili ketiga-tiga individu itu. – BERNAMA

Tags: aktivis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

18/08/2024
0

Meski mengalu-alukan kenaikan gaji penjawat awam, aktivis buruh Callistus Antony D'Angelus berkata bahawa undang-undang yang mengawal pekerjaan sektor swasta perlu...

Aktivis Mahu Kerajaan Percepat Mansuh Hukuman Mati

Aktivis Mahu Kerajaan Percepat Mansuh Hukuman Mati

20/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Pada Jun tahun lepas, Malaysia mengumumkan hasratnya untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan bukan keganasan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd