• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT, MRT, Monorel Terima Pensijilan ISO Terkini

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel yang dikendalikan Rapid Rail Sdn. Bhd. hari ini menerima pensijilan ISO terkini daripada SIRIM QAS International, sekali gus mengesahkan kualiti perkhidmatan rel urban negara itu berkelas dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zohari Sulaiman berkata pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2015 itu menggantikan sijil ISO9001:2008, yang dimiliki Rapid Rail sejak beberapa tahun lepas.

Beliau berkata pengiktirafan daripada badan akreditasi itu mengukuhkan lagi status Rapid Rail dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebagai penyedia perkhidmatan berkelas dunia berdasarkan pelbagai anugerah antarabangsa yang pernah diterima sepanjang beroperasi.

“Kami di Rapid Rail sentiasa meningkatkan dan memantapkan sistem pengurusan, tahap kemahiran dan kualiti dalam apa jua kami lakukan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami. Syarat-syarat untuk sijil baharu ISO9001:2015 adalah jauh lebih ketat, tetapi kami tetap gigih berusaha mencapai piawaian yang diperlukan.

“Bagi saya, pengiktirafan daripada SIRIM QAS International ini amat bermakna kerana keistimewaan badan ini sendiri. Bukan saja ia adalah badan akreditasi nasional yang diiktiraf Jabatan Standard Malaysia, tetapi juga oleh United Kingdom Accreditation Service (UKAS), iaitu badan akreditasi antarabangsa,” kata Zohari dalam kenyataan hari ini.

UKAS adalah badan akreditasi yang menilai kewibawaan organisasi yang memberikan perakuan dan pengiktiraf untuk persijilan, ujian, pemeriksaan dan perkhidmatan kalibrasi yang beribu pejabat di Britain.

Pensijilan yang dikeluarkan SIRIM QAS International diiktiraf di 37 negara yang berpayung bawah International Certification Network (IQNet) dan berpengkalan di Switzerland. – BERNAMA

Tags: Datuk Zohari SulaimanPensijilan ISO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid KL Kesan Salah Guna Kad Konsesi MyRapid

17/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Menyedari perbuatan sesetengah pengguna rel dan bas menyalahgunakan kad konsesi MyRapid, Rapid KL hari ini memberi amaran...

MRT Uji Tren Melangkaui Stesen Semantan

05/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), telah memulakan tempoh operasi percubaan bagi Fasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd